Konsep Hisbah Koperasi Ikatan Muslim Kinta Berhad

KIMK Bhd On 11:06 PM

Konsep Hisbah Koperasi Ikatan Muslim Kinta Berhad

Konsep Hisbah :

Dari segi konsep, hisbah memberi makna mencongak, menyemak dan menilai pencapaian diri dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab pengurusan dan pentadbiran yang telah diamanahkan. Amalan muhasabah diri untuk mengatasi dan memperbaiki kelemahan, kekurangan , dan kecacatan sifat diri atau organisasi yang dimiliki.

Prinsip-prinsip hisbah:

Antara prinsip-prinsip hisbah termasuk :

  1. Mengawal, menyemak dan mengemas kini sistem pengurusan dan pentadbiran supaya dapat dipertingkatkan tahap kecekapan dan keberkesanan khidmat yang diberikan kepada anggota koperasi.
  2. Menilai pencapaian prestasi dalam pentadbiran dan pengurusan supaya kelemahan, kekurangan dan kesilapan diri dapat diatasi dan dibaiki.
  3. Mengukur kejayaan pengurusan dan pentadbiran supaya pelaksanaan perancangan menepati kehendak sasaran dan memenuhi matlamat yang diingini.
  4. Mengesan serta mengenal pasti masalah dan kesulitan yang menyebabkan kegagalan, merancang tindakan dan mengatur strategi bagi mencari penyelesaian untuk mencapai kejayaan.
  5. Mengetahui kesilapan dan kesalahan diri supaya dapat dilakukan pembetulan dan memastikan permasalahan yang sama tidak akan berulang lagi.
  6. Meninjau pandangan, pendapat dan komen anggota terhadap sesuatu dasar atau rancangan yang diperkenalkan dan dilaksanakan oleh Anggota Lembaga Koperasi dalam pengurusan dan pentadbiran koperasi.
  7. Menyemak perkembangan serta mengikuti perubahan bagi menentukan kejayaan pelaksanaan sesuatu dasar atau perancangan.
  8. mencegah dan membendung gejala-gejala buruk,amalan yang tidak sihat dan perbuatan salah laku yang dihadapi dalam menerajui pengurusan dan pentadbiran.

Kesimpulan :

Hisbah merupakan aspek penting dalam sistem urustadbir koperasi Islam. Amalan yang dituntut supaya dipraktikan oleh seseorang ketua atau pemimpin dalam menerajui kepimpinan jamaah. Mekanisme penilaian yang paling berkesan bagi meningkatkan kecekapan pemimpin dalam kepimpinan dan keberkesanan pentadbiran dalam pengurusan organisasi, Ciri penting pentadbiran dan pengurusan yang menentukan kejayaan, kemajuan dan kecermelangan kepimpinan sesebuah organisasi koperasi. Melalui muhasabah diri pemimpin terhadap kepimpinan segala permasalahan dan kerumitan dapat ditangani. Kecacatan dan kepincangan pengurusan dan pentadbiran boleh diatasi dan diperbaiki.

EXCO Hisbah
Koperasi Ikatan Muslim Kinta Berhad

PERKEMBANGAN TERKINI KIMK BHD

KIMK Bhd On 11:05 PM

Salam para anggota.
1. Mesyuarat ALK mensasarkan sebelum ditutup akaun koperasi pada tahun ini, kita akan memiliki satu projek yang berdaya maju, insyaallah.
2. Sehubungan itu, usaha sedang giat dijalankan dengan merangka beberapa projek dengan pelbagai pihak yang dapat membantu koperasi merealisasikan matlamat diatas.
3. Pihak ALK telah beberapa kali merundingkan dengan bakal-bakal penjual ladang/kebun kelapa sawit, bagaimanapun sehingga kini rudingan-rundingan tidak dapat diteruskan bagi menjayakannya kerana beberapa faktor khususnya dari sudut risiko perniagaan dan harga yang ditawarkan ketara mahal. Kebanyakan tawaran bernilai lebih dari RM 1 juta dan koperasi perlu menyediakan dana yang bernilai sekurang-kurangnya 10% dari nilai jualan tersebut.

4. Bagi projek-projek perniagaan selain dari tender-tender, sehingga kini 2 projek yang dikira insyaallah boleh dilaksanakan adalah projek ternakan ikan air tawar dan restoran.

5. Adalah diharapkan agar semua yang telah mendaftarkan diri sebagai ahi koperasi segera melunaskan bayaran syer minima RM 500.00. Ini amat diperlukan supaya koperasi tidak menghadapi masalah tunai apabila projek mula dilaksanakan. Disamping itu, koperasi dapat memaksimakan hasil pulangan pelaburan tersebut seterusnya semua anggota akan medapat menikmati keuntungannya apabila projek yang dilaksanakan mengeluarkan hasil.
6. Turut diingatkan supaya para anggota supaya menyemak buku Undang-undang Kecil koperasi berkenaan syer minima tersebut. Secara ringkasnya, para anggota boleh digugurkan keanggotaannya sekiranya tidak menjelas syer minima tersebut dalam tempoh setahun.

7. Sekiranya sumber kewangan tidak mencukupi, koperasi terpaksa mendapatkan dana dari pihak ketiga. Dalam hal ini, koperasi akan menubuhkan satu 'Tabung Pelaburan Khas' bagi mengatasi masalah ini. Adalah diharapkan para anggota yang berkemampuan dapat melabur melalui tabung ini untuk koperasi mengatasi kekangan modal.

8. Sila hubungi koperasi untuk mendapatkan keterangan lanjut.
Wassalam.

Kunjungan singkat Tuan Guru Haji Hadi ke majlis

KIMK Bhd On 4:58 AM

...Lagi gambar-gambar

Antara tetamu kehormat yang hadir

...termasuklah ajijoi....
Kunjungan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang amat dihargai
..melayani Tuan Guru ......
Biarpun singkat, namun Tuan Haji Abd Rahim selaku tuanrumah amat berbesar hati dan berterima kasih dengan kunjungan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke majlis perkahwinan anak perempuannya

Gambar-gambar sekitar majlis

KIMK Bhd On 4:47 AM


Antara tetamu kehormat, Tuan Guru Haji Abu Bakar Husin (Panel Syariah KIMK Bhd.) dan
Ustaz Zulkifli Abu.........


...Tuan Guru Haji Ahmad Hosni (Panel Syariah KIMK Bhd), Ustaz Misbah, Anuar Ibrahim Gopeng, .....


Ayahanda yang tersenyum bangga

Bonda yang tersenyum ceria


Bersama kaum kerabat

TAHNIAH : Majlis perkahwinan anak perempuan Tuan Haji Abd Rahim Md Arif

KIMK Bhd On 4:15 AM

Salam.

IPOH 8 MEI: Di Dewan Cempaka Sari, Silveritage Galleria, Medan Gopeng, Ipoh yang lalu meraikan majlis perkahwinan diantara Firdaus dan Adib Amri.Firdaus merupakan anak ketiga bagi pasangan Tuan Haji Abd Rahim Mat Ariff (Ahli Lembaga Koperasi, KIMK Bhd.) dan Hajjah Siti Halijah. Manakala Adib Amri Bin Albakry dan rombongannya berkunjung daripada Kuantan, Pahang.Terlebih dahulu saya memohon maaf kepada Tuan Haji Abd Rahim Mat dan Puan Hajjah Siti Halijah kerana gagal untuk meraikannya bersama-sama. Apa pun saya mengucapkan tahniah kepada mempelai dan juga ayahbonda mereka - semoga ikatan ini berlanjutan dan diberkahi Allah swt.
Alhamdulillah, ajijoi.blogspot.com menyiarkan peristiwa ini yang membolehkan saya mengikutinya dan menyiar semula peristiwa ini melalui blog ini. Kepada ajijoi, kira terima kasih je le - termasuklah gambar-gambar yang di'copy&paste" tu.
Kedua mempelai meraikan hari yang bersejarah buat mereka
Majlis santapan
Raja sehari masuk ke dewan
Kedua-dua kelihatan ceria
Pengacara majlis yang cukup bersemangat - mike bile weh?

Ahlan wa Sahlan

KIMK Bhd On 5:18 AM

Salam.
Kita mengucapkan Ahlan wa sahlan kepada Cik Yusnizah binti Yunus yang kini telah menjadi temankerja kepada Koperasi kita. Beliau yang berasal dari Sabah mula bertugas pada 1 April yang lalu. Cik Yusnizah akan melakukan kerja-kerja perkeranian untuk Koperasi, ini termasuklah dalam urusan kutipan yuran syer dan sebagainya.

Diharap semua anggota dapat memberikan sokongan kepada beliau dalam menjalankan tugasnya. Diharap beliau akan kekal bertugas dengan koperasi dan bersama-sama mengecap kejayaan dengan kita.

SELAMAT BERTUGAS DAB BERJAYA! Wassalam.

Sistem Ekonomi Islam (7)

KIMK Bhd On 1:01 AM

Riba
Unsur riba terdapat dalam urusniaga Pinjaman dari Polisi yang ditawarkan kepada peserta dalam produk Insurans Nyawa. Dalam sistem kemudahan pinjaman ini, Syarikat insurans akan mengenakan bayaran faedah kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa bayaran faedah tersebut merupakan riba yang dilarang oleh Islam.
Elemen riba turut wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Ini kerana dana-dana tabungan insurans, kebanyakannya dilaburkan dalam instrumen kewangan seperti bon dan juga saham yang kerap melibatkan syarikat-syarikat yang berurusniaga dengan kegiatan sistem perbankan konvensional.

Penyelesaian
Para ulamak telah sepakat memutuskan Takaful sebagai ganti kepada Insurans Konvensional. Dasar Tabarru'at menjadi teras utama yang membina paksi Takaful. Penggunaan dasar ini turut menyelamatkan pengurusan Takaful untuk seiring dengan keredhaan Syarak dalam soal Muamalah Islam. Dengan penggunaan Tabarru'at ini maka Takaful terselamat dari terkena unsur gharar dan maisir.

Takrif Tabarru'at
Tabarru'at merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks perniagaan Takaful, setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang ikhlas untuk menderma bagi membantu para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata yang lebih tepat ialah, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka di atas niat yang sama.
Penegasan ini dapat dilihat dari fatwa oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi yang menegaskan insurans Islam boleh diadakan dengan syarat setiap peserta menderma di dalam satu tabung untuk membantu sesama mereka.
Hari ini, kebanyakan syarikat yang menjalankan Takaful adalah terlibat dengan dunia perniagaan. Oleh itu Tabarru'at yang bersyarat, diperkenalkan di mana setiap peserta yang ingin menyertai takaful mestilah menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Syarikat terpaksa menetapkan kadar Tabarru'at kerana ingin memastikan Tabung Tabarru'at yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepada semua pihak. Justeru itu, jika seseorang peserta membawa risiko yang besar maka kadar tabarru'at yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut.
Terdapat juga sesetengah pendapat yang merasakan penggunaan istilah Tabarru'at adalah tidak tepat kerana amalannya adalah berbeza dengan maksudnya yang bererti peserta tidak boleh disyaratkan jumlah pembayaran kerana ia adalah ikhlas semata-mata. Namun dengan operasi dan mekanisme yang digunakan dalam industri Takaful, diharapkan ia tidaklah dijadikan isu yang besar.
Penggunaan Tabarru'at yang menjadi dasar Takaful telah berjaya melahirkan satu Insurans Islam yang tidak bercanggah dengan Syarak. Unsur-unsur Gharar dan Maisir telah dapat dihapuskan dengan kewujudan dasar tersebut.

Sumber :
http://ms.wikipedia.org/http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/muamalat/jenis.htm

Sistem Ekonomi Islam (6)

KIMK Bhd On 12:55 AM

Takaful
Takaful yang bermaksud saling menjamin, berasal dari perkataan Arab - kafala. Konsep takaful bertujuan mengalakkan tolong menolong dan perpaduan di kalangan para peserta selari dengan konsep ta'awun. Dalam Islam, menolong atau menyediakan bantuan amatlah digalakkan.

Aplikasi
Dalam perniagaan takaful, pemahaman dari maksud ini merupakan satu agenda penting. Ia diterapkan kepada semua peserta yang mengambil perlindungan takaful untuk berniat ikhlas bagi saling jamin-menjamin di kalangan mereka ketika ditimpa musibah. Secara amnya, objektif dalam industri takaful sebenarnya mempunyai persamaan dengan industri insurans konvensional. Kedua-duanya merupakan instrumen untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah. Secara jelasnya, kedua-dua instrumen ini merupakan satu cara yang moden untuk memindahkan risiko yang berlaku dan sudah menjadi kebiasaan, sesuatu ganjaran akan diberi kepada pihak yang sanggup menerima pemindahan risiko ini.

Perbezaan takaful & insurans konvensional
Objektif insurans dapatlah diungkapkan sebagai golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik. Sememangnya objektif tersebut adalah diiktiraf oleh Islam. Al-Quran dalam surah al-Maaidah, ayat 2, secara terangnya turut menyatakan galakan oleh Allah kepada manusia untuk mengamalkan sikap tolong-menolong, bermaksud:
"Dan hendaklah kamu tolong menolong di atas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong di atas perkara dosa dan permusuhan".
Apa yang menjadi persoalannya ialah apakah ciri utama yang membezakan takaful dan insurans konvensional?
Tanggal 15 Jun 1972 merupakan tarikh penting bermulanya pengumuman terhadap penerokaan dan kajian yang dibuat ke atas kontrak insurans konvensional. Pada tarikh tersebut, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam persidangan yang kelimanya telah memutuskan iaitu insurans nyawa sebagaimana yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans yang ada pada masa ini adalah suatu muamalah yang fasid (rosak/tidak sah) yang tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dari segi aqadnya kerana mengandungi unsur-unsur gharar (tidak ketentuan), maisir (judi) dan riba.

Gharar
Maksud al-Gharar ialah "ketidakpastian". Maksud ketidakpastian dalam urus niaga muamalah ialah:
"Terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain".
Menurut Ibn Rushd maksud al-Gharar ialah, "Kurangnya maklumat tentang keadaan barang (objek), wujud keraguan pada kewujudkan barang, kuantiti dan maklumat yang lengkap berhubung dengan harga. Ia turut berkait dengan masa untuk diserahkan barang terutamanya ketika wang sudah dibayar tetapi masa untuk diserahkan barang tidak diketahui".
Ibn Taimiyah pula menyatakan al-Gharar ialah, "Apabila satu pihak mengambil haknya dan satu pihak lagi tidak menerima apa yang sepatutnya dia dapat".
Al-Gharar ditakrifkan dalam Kitab Qalyubi wa Umairah menyatakan Mazhab Imam Al-Shafie mendefinasikan gharar sebagai "Satu (aqad) yang akibatnya tersembunyi daripada kita atau perkara di antara dua kemungkinan di mana yang paling kerap berlaku ialah yang paling ditakuti".
Prof Madya Dr. Saiful Azhar Rosly menyatakan, "Gharar yang dimaksudkan dalam perbahasan sah atau tidak sesuatu kontrak itu merujuk kepada risiko dan ketidakpastian yang berpunca daripada perbuatan manipulasi manusia mengakibatkan kemudaratan ke atas pihak yang dizalimi. Umpamanya dalam jual beli kereta terpakai, pembeli tidak diberitahu tentang keadaan sebenar kenderan tersebut. Setelah selesai perjanjian jual beli, gharar dalam objek jual beli itu boleh dijadikan alasan membatalkan kontrak. Ini kerana gharar itu terhasil daripada perbuatan zalim yang disengajakan".
Kontrak Insurans mengandungi unsur gharar kerana apabila tidak berlaku tuntutan, satu pihak (syarikat insurans) akan mendapat semua keuntungan (premium) sementara satu pihak lagi (peserta) tidak mendapat sebarang keuntungan. Keadaan ini bertepatan dengan definisi gharar oleh Ibn Taimiyah yang menerangkan gharar dalam kontrak berlaku apabila satu pihak mendapat keuntungan sementara sebelah pihak lagi tidak menerimanya.
Menurut laporan Badan Petugas Penubuhan Syarikat Insurans Secara Islam di Malaysia, adalah jelas di dalam kontrak insurans yang diamalkan sekarang mengandungi elemen gharar kerana Ma'kud Alaih (barang) tidak jelas, dan ia berkait dengan:-
Tidak diketahui dengan jelas samada dapat atau tidak bayaran yang dijanjikan.
Tidak diketahui kadar bayarannya.
Tidak diketahui bila masanya.
Badan Petugas menyatakan kewujudan gharar dalam kontrak insurans kerana Kontrak Insurans adalah di atas "Dasar Jual Beli". Dalam Islam, jika sesuatu itu terlibat dengan muamalah jual beli maka ia mesti memenuhi rukun dan syarat jual beli. Antara rukunnya ialah:
Penjual dan Pembeli
Aqad (Ijab dan Qabul)
Barang (Ma'kud Alaih/Subject Matter)
Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah kewujudan ketidakpastian 'barang' dalam kontrak insurans kerana syarat barang yang telah ditetapkan oleh Syarak tidak dapat dipenuhi. Bagi Islam, syarat-syarat bagi setiap rukun-rukun tersebut adalah penting dan mesti dipenuhi. Di antara syarat barang yang mesti dipenuhi ialah:
Barang tersebut dapat diserahkan dalam majlis akad.
Masa penyerahannya telah ditetapkan.
Barang tersebut telah ditentukan jenis dan kuantitinya.
Tempat untuk diserahkan barang telah ditentukan.
Bukan barang yang mengandungi unsur-unsur najis dan dilarang Syara'.
Seperti juga dengan pasangan yang ingin berkahwin. Mereka mestilah memenuhi rukun kahwin seperti adanya pengantin lelaki, perempuan, wali, 2 saksi lelaki yang adil dan ijab qabul. Tetapi jika salah satu rukun tersebut tidak dapat dipenuhi maka perkahwinan itu akan menjadi tidak sah. Namun ada pendapat yang menyatakan bahawa 'barang' dalam kontrak insurans adalah jelas kerana ia telah tercatat dalam kontrak dan akan diserahkan apabila terjadinya kemalangan. Lebih mengukuhkan lagi hujah tersebut ialah apabila mahkamah sendiri akan mendengar kes seumpama itu.
Kita mengakui pendapat ini dan kerana itulah dinyatakan perbezaan sebenar antara Takaful dan Insurans ialah dari segi "Keyakinan (Belief)". Cuba kita perhatikan, apakah bezanya pasangan yang berkahwin dengan pasangan yang tinggal bersama tanpa ikatan perkahwinan kecuali melalui kontrak yang dianggap sah oleh undang-undang sivil? Tentu sekali wujud perbezaan walaupun kontrak yang dibuat oleh pasangan tersebut adalah lengkap dengan segala hak antara kedua pasangan telah termaktub dan diditilkan dalam kontraknya, namun bagi Islam ia tetap tidak sah kerana berlawanan dengan Syarak.

Maisir/Judi
Para ulama' menyatakan Maisir dan Gharar mempunyai kaitan yang amat rapat. Ini bererti jika sesuatu transaksi itu mengandungi unsur gharar maka dengan sendirinya unsur judi turut ada. Kaitan antara keduanya adalah terlalu rapat dan saling berkait.
Maisir (Judi) dalam kontrak insurans wujud bilamana:
Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.
Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungi (the insured event) tidak berlaku.
Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima.
Sumber :
http://ms.wikipedia.org/
http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/muamalat/jenis.htm