TABUNG DEPOSIT KHAS (TDK) HARTANAH MEDAN GOPENG

KIMK Bhd On 4:35 AM

SALAM AIDIL FITRI BUAT SEMUA ANGGOTA.

Adalah dimaklumkan bahawa Koperasi kita telah memutuskan untuk memberi keutamaan kepada projek memiliki rumah kedai di Medan Gopeng. Sehubungan itu, TABUNG DEPOSIT KHAS (TDK) HARTANAH MEDAN GOPENG telah dibuka untuk para anggota yang telah memiliki syer minima RM 500.00 untuk melabur. Pihak Koperasi menjangkakan projek ini dapat memberi pulangan sekitar 5 hingga 8 peratus setahun.

Setiap caruman hendaklah dalam bentuk gandaan RM 500.00 bagi setiap unit dan tiada had caruman maksima ditentukan untuk penyertaan tuan/puan dalam Tabung ini. Koperasi akan membeli semula caruman tuan/puan kecuali 30% dari bahagian keseluruhan harga bangunan ini sebagai insentif kepada sokongan tuan/puan dalam projek ini. Untuk maklumat lanjut, tuan/puan boleh mendapatkan salinan 'Aturan' TDK ini di Pejabat Koperasi atau menghubungi mana-mana ALK untuk maklumat lanjut.

Para anggota yang berminat boleh mendapatkan borang caruman ini di Pejabat Koperasi di Medan Gopeng atau menghubungi mana-mana ALK. Setiap borang hendaklah diserahkan berserta wang caruman tuan/puan pada atau sebelum 29/9/2010 ini.

Segala kerjasama dan sokongan para anggota didahului dengan ucapan Jazakallahu Khairan kathira.
Wassalam.