MESYUARAT ALK KALI PERTAMA BAGI SESSI 2009/10

KIMK Bhd On 8:47 PM

Salam buat semua ALK

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat ALK kali Pertama untuk sessi ini akan diadakan seperti dibawah :


TARIKH : 26hb. March, 2010 (Jumaat)
MASA : 9.00 malam
TEMPAT : Dewan Mesyuarat
Koperasi Ikatan Muslim Kinta Berhad,
No. 2A, Jalan Medan Gopeng 3,
Medan Gopeng, 31350 Ipoh, PERAK.

Semua ALK diwajibkan hadir.

Sekian, harap maklum.

KENAPA KIMK BHD MENGADAKAN PROGRAM QURBAN & AQIQAH DI MYANMAR?

KIMK Bhd On 6:03 AM

Salam buat semua.


Soalan diatas agak kerap kali ditanya apabila dicadangkan kepada sahabat-sahabat kita supaya menyertai koperasi dalam program ini. Sesungguhnya, Bangsa2 Bersatu (UN) telah mengiktiraf bahawa bangsa Rohingya merupakan satu bangsa yang paling tertindas di dunia ini.

Satu pengiktirafan yang amat tidak dapat dibanggakan lansung!


Pengiktirafan UN ini sepatutnya mampu menundukan muka setiap orang Islam di muka bumi ini kerana malu! Apakan tidak, dengan segala kekuatan dan kelebihan yang dianugerahkan Allah swt kepada kita, kita lansung tidak mampu membela mereka mengatasi penganiayaan Junta Myanmar. Kalau bangsa Palestin, Iraq dan Afghanistan, kita katakan tidak mampu untuk melawannya kerana segala kecanggihan dan kekuatan teknologi yang dimiliki oleh Israel dan Amerika, tidak terdaya kita mengatasinya.....maka tanyakan pada diri kita kecanggihan teknologi apa yang dimiliki oleh Junta Myanmar?


Jelaslah kita masih terus berkhayal dengan ungkapan 'ummat pilihan' sebagaimana Yahudi pernah mabuk dalam istilah ini sehingga dilaknati Allah, sedang realitinya adalah sebaliknya. Lebih malang apabila mereka yang seaqidah pun turut melakukan perkara yang sama.


Pertimbangkanlah petikan berita dari Al-Jazeera.net yang dipaparkan dibawah, moga-moga ia dapat menginsafi kita.......................



Rohingya 'crackdown' in Bangladesh

The aid organisation Medecins San Frontieres has said that ethnic Rohingya refugees from Myanmar are suffering an increasingly violent crackdown in Bangladesh.
An MSF report released on Thursday said the stateless group are being driven from their homes in the Cox's Bazaar district of Bangladesh, by local authorities and residents.
The report also accused the country's military of trying to forcibly repatriate some Rohingya back to Myanmar.
Thousands of Rohingya are now seeking refuge at a makeshift camp at Kutu-palong, MSF said.
The camp has grown by 6,000 people since October, and doctors say a humanitarian crisis is imminent. About 220,000 Rohingya live in Bangladesh.


Persecuted minorities


Described by the UN as one of the most persecuted minorities on earth, thousands of Rohingyas from Myanmar's northern Rakhaine state stream across the border into Bangladesh every year.
Those living outside of an official Rohingya camp in Kutu-palong on the Myanmar border have been subjected to "unprecedented levels of violence", MSF said in the report.
Paul Critchley, the MSF head of mission in Bangladesh, told Al Jazeera: "We are seeing what appears to be a violent crackdown, which is driving the Rohingya out of the community.
"We have treated many patients who have been victims of violent attacks, who tell us they have been beaten by police ... arrested, handed over to the Bangladesh border security and forced to swim back to Myanmar."
Bangladesh recognises 28,000 Rohingya as official refugees, who live in official camps under the supervision of the UN.
This figure is a fraction of the estimated 220,000 unofficial refugees, MSF says.
There are an estimated 700,000 Rohingya in Myanmar, where they are not recognised as citizens and have no right to own land.
They are also forbidden from marrying or travelling without permission.
Police on the border with Myanmar told the AFP news agency on Thursday that although a crackdown on unregistered Rohingya was under way, there had been no police brutality against the refugees.Asked about MSF's findings, Rafiqul Islam, chief of the local police in Kutu-palong on the Myanmar border, said: "Any refugees who go to seek medical treatment got hurt by each other - they are always fighting."The crackdown was necessary to prevent further mass migration."If we don't stop them, the floodgates will open," he said.

UCAPAN PENGERUSI SEMPENA MESY. AGUNG PERTAMA

KIMK Bhd On 3:36 AM

LATARBELAKANG PENUBUHAN

Penubuhan Koperasi Ikatan Muslim Kinta Berhad bermula dengan usul dari Dewan Pemuda semasa Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Gopeng kali yang ke 20 dan diterima tanpa bahas. Pada 19hb. Oktober, 2008, di Dewan Dato’ Ahmad Said, Sungai Rokam, Mesyuarat Agung Permulaan KIMK Bhd. telah meluluskan usul penubuhan Koperasinya dan di daftarkan dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) secara rasminya pada 24hb. November, 2008
Sehingga kini, keanggotaannya seramai 88 manakala tiga orang anggota telah meninggal dunia dalam tempoh ini. Mereka yang meninggal dunia termasuklah seorang dari Ahli Lembaga Koperasi (ALK) iaitu Allahyarham Hj. Kamaruddin bin Mohd Noor manakala 2 orang lagi ialah Allahyarham YB Hj. Roslan b. Shaharom dan Allahyarhammah Puan Jamaliah bt Mohd Ariff. Semoga segala sokongan dan sumbang bakti mereka terhadap Koperasi ini dijadikan oleh Allah swt sebagai amal solleh. (Dari itu) Marilah kita bersama-sama menghadiahkan Al-Fatihah kepada mereka, semoga roh mereka berada dalam redha dan rahmat Allah,Al-Fatihah.
Saya bagi pihak Ahli Lembaga merasa terkilan dan memohon maaf kepada waris mereka atas ketidakupayaan Koperasi memberi sedikit sumbangan. Kami merasakan perlu bagi koperasi ini, sebagai satu entiti sosio-ekonomi, mengusahakan sesuatu yang dapat meringankan beban waris mereka. Atas tujuan ini, maka Mesyuarat Agong kali ini mengusulkan supaya setiap anggota Koperasi menyertai skim Takaful Tabbaru’.


PENILAIAN UMUM TAHUN PERTAMA 2008/9


Dalam aspek Urustadbir koperasi, prestasi Ahli Lembaga Koperasi (ALK) dan Juru Audit Dalaman (JAD) masih lagi pada peringkat asas dan mencari pengalaman, masih banyak lagi aspek yang perlu disempurnakan sebagaimana yang dikehendaki oleh Undang-undang Kecil koperasi dan SKM. Terdapat sebahagian ALK dan JAD masih lagi belum menghadiri Kursus wajib. Adalah diharapkan kepimpinan baru yang akan dilantik nanti dapat mengatasi kelemahan ini. Sebarang kekurangan, saya bagi pihak ALK dan JAD memohon kemaafan.
Modal syer terkumpul setakat ini masih belum mencecah RM 20 000.00. Bagaimanapun, dikesempatan ini saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada anggota-anggota yang telah memberikan kepercayaan, dokongan dan sokongan melalui pelaburan mereka ini. Dengan jumlah syer yang terkumpul ini, ia membawa maksud anggota-anggota perlu menambah pelaburan mereka. Dalam hal ini, saya melihat anggota-anggota perlu sekurang-kurangnya memiliki sebanyak 4 unit syer seorang. Dengan tambahan modal ini, saya percaya dan berharap Koperasi kita dapat bertindak dengan lebih agresif bagi memulakan usaha dalam sektor perniagaan utama iaitu perladangan kelapa sawit disamping meneroka dalam sektor urusniaga barang dan perkhidmatan sebenar (real goods and services). Setakat ini kita hanya boleh berpuas hati dengan persediaan infrastruktur Koperasi sebagai satu entiti sosio ekonomi jamaah, tetapi untuk bergerak lebih jauh dalam sektor ekonomi, masih amat banyak usaha yang perlu dilakukan.
Anggota-anggota perlu berkorban dalam hal pelaburan ini dengan tidak terlalu mengharapkan pulangan segera. Khususnya, kepada anggota-anggota yang telah mendaftar lebih dari setahun, tetapi masih belum menjelaskan caruman minima RM 500.00. Saya ingin tegaskan disini, jika kita melihat usaha penubuhan koperasi ini sebagai satu usaha dan ’jihad ekonomi’ jamaah, maka persoalan ’bilakah pelaburan kita akan memberikan pulangan’ bukan isu utama. Saya nyatakan disini, adalah satu pekerjaan yang mustahil untuk koperasi ini memberi pulangan yang lumayan dalam sekelip mata tanpa modal yang mencukupi. Tanpa tuan/puan meningkatkan pelaburan, koperasi sukar untuk bergerak. Suka saya mengingatkan,mana-mana pelaburan ’Cepat Kaya’, selalunya ia berakhir dengan penipuan. Sekiranya wujud skim pelaburan yang sebegini, sudah tentu ianya akan disimpan rapi dari diketahui oleh orang lain.
Mengharapkan sesuatu hasil dengan mudah dan segera bukanlah satu amal islami. Keadaan ini juga bertentangan dengan sunnatullah yang menetapkan hasil dari sesuatu usaha itu perlu melalui kesulitan, susah payah dan pengorbanan, seperti mana yang dijelaskan oleh Allah swt dalam surah Al-Anshirah, ayat 5 hingga 8 :

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ﴿٥﴾ إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ﴿٦﴾
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ ﴿٧﴾ وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَارْغَب ﴿٨﴾

Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, (5) sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. (6) Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, (7) dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap. (8)

Inilah formula kejayaan yang didedahkan Allah melalui Al-Quran, yang menuntut kita mengamalkannya kembali, khususnya dalam konteks kita sebagai koperator. Untuk berjaya kita perlu melalui pelbagai kesulitan dan cubaan sebagai satu proses pentarbiyahan. Setiap urusan itu pula menuntut untuk dikerjakan secara bersungguh-sungguh dan cemerlang (itqan) dan mesti diselesaikan. Kita pula tidak boleh merasa cukup dan berpuas hati dengan selesainya sesuatu urusan itu, sebaliknya dituntut menerokai urusan yang lain pula, juga dengan usaha yang bersungguh dan cemerlang, sesuai dengan firman Allah ini.

Koperasi masih lagi belum mempunyai pekerja ataupun petugas sepenuh masa. Langkah ini diambil bagi mengawal perbelanjaan koperasi. Ini memandangkan modal terkumpul masih kecil. Disamping itu, kita masih belum lagi bergerak sebagai satu entiti perniaagan yang ‘genuine’. Dalam hal ini, pihak Lembaga merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Agensi Abd Rahim yang membenarkan pihak koperasi menyewa sebahagian premisnya dan menumpang pakai khidmat pekerjanya dengan kos yang cukup minima. Disamping itu koperasi turut menerima geran bantuan permulaan dari pihak SKM sebanyak RM 5 000.00 sebagai bantuan memulakan operasi koperasi. Diucapkan ’terima kasih daun keladi’ kepada pihak SKM yang membantu kami.

Dari pendapatan utama tahun kewangan yang lalu, aktiviti Qurban dan Aqiqah di Mynmar – (dengan kerjasama Nusa Enterprise), menyumbang sebanyak RM 900.00. Ia memberi kesimpulan bahawa kita terlalu bergantung kepada aktiviti sampingan. Ini memberi indikasi atau petunjuk bahawa kita masih belum lagi berjaya menggerakkan Koperasi ini sebagai satu entiti ekonomi yang mantap. Aktiviti yang sepatutnya menjadi aktiviti utama, gagal dimulakan kerana kekangan modal dan sumber tenaga manusia.

Walaupun pihak kita telah cuba untuk mendapatkan tender-terder yang ditawarkan oleh pihak kerajaan, namun ianya masih lagi belum berjaya. Masalah utama yang dihadapi ialah ketiadaan seorang pengurus sepenuh masa yang menguruskan perkara-perkara sebegini. Bagaimanapun, kejayaan mendapatkan lesen-lesen perniagaan dari Kementerian Kewangan dan Jabatan Perhutanan Perak dalam masa kurang setahun mungkin boleh menjadi penyejuk hati. Koperasi juga turut mendaftar sebagai ahli kepada badan induk koperasi kebangsaan, ANGKASA. Adalah diharapkan supaya anggota-anggota turut mencari peluang perniagaan ini, dengan mendapatkan kontrak dari mana-mana pihak yang berkenaan. Insentif akan diberi kepada mereka yang membantu Koperasi mendapatkan peluang perniagaan ini, insyaallah.

LANGKAH-LANGKAH PENAMBAHBAIKAN


Koperasi perlu bergerak menuju ke fasa permulaan sebagai satu entiti ekonomi yang sebenarnya. Sebagai permulaan, koperasi perlu mempercepatkan sasaran keanggotaan seramai 500 anggota dan meningkatkan pengumpulan modal. Insyaallah, kempen menambah keanggotaan dan caruman akan dilaksanakan, namun apa yang lebih penting ialah para anggota bersikap proaktif, dengan menunaikan iqrar yang ditandatangani semasa mengisi borang anggota, khususnya dalam aspek pemilikan syer. Langkah-langkah yang bakal diambil adalah dengan mendapatkan kerjasama dari pihak PAS Kawasan Gopeng dalam kempen ini. Adalah diharapkan, sebahagian besar ahli-ahli PAS Kawasan Gopeng mendaftar sebagai anggota baru koperasi, sebagai menyahut cabaran usul yang mereka luluskan, insyaallah.
Dalam rangka memperkemas urustadbir, insyaallah kita akan memanfaatkan Sistem Pengurusan Berkomputer ANGKASA. Kita berharap sistem ini dapat digunakan oleh koperasi dalam masa terdekat bagi memantapkan urustadbir koperasi.


SIKAP POSITIF LANGKAH EFEKTIF

B
erdasarkan prestasi setakat ini, Koperasi mencatatkan kerugian lebih RM 3 000.00. Kelemahan ini perlu diatasi segera bagi membolehkan koperasi ini dianggap sebagai sebuah koperasi yang baik. Masalah-masalah yang dihadapi perlu diselesaikan dan aktiviti-aktivitinya perlu ditingkatkan. Walaupun pada asasnya, Koperasi berada pada asas yang baik untuk berkembang, namun ia memerlukan sokongan moral yang lebih tinggi dan modal yang lebih besar, demi membolehkannya membuat lonjakan yang bermakna.

Koperasi juga perlu secara berani dan bijaksana meneroka bidang-bidang perniagaan baru yang bersesuaian. Potensi kita sebagai sebuah koperasi tidak akan dapat direalisasi sepenuhnya, kalau semata-mata bergantung kepada aktiviti Qurban dan Aqiqah. Halangan-halangan fizikal dan psikologikal perlu diatasi, sekiranya kita ingin melihat Koperasi ini melonjak ke hadapan.

Ketiadaan pendapatan yang substantial dan berterusan dari sumber yang lebih stabil akan mengakibatkan Koperasi menghadapi masalah aliran tunai dan ini akan turut menghadkan keupayaan perkembangan kegiatan perniagaan dan seterusnya tidak berupaya meningkatkan khidmat yang sewajarnya kepada anggota-anggotanya.

Pilihan yang berada di hadapan kita adalah sama ada kita ingin mengungkap kelemahan, kekurangan, ketidakupayaan dan kegagalan masa lalu dan mengulang-ulangnya dengan rasa kesal dan marah, atau segera berusaha mengambil apa jua pengajaran dari kekurangan dan kelemahan tersebut dan lantas bekerja keras mengatur usaha, memanfaat kekuatan-kekuatan yang ada, bagi menempa kejayaan-kejayaan baru untuk hari esok dan hari-hari selanjutnya. Saya fikir pilihan terbaik adalah pilihan yang kedua. Marilah kita bersama-sama membina kesatuan hati, kebulatan fikiran dan kesepakatan dalam tindakan, kerana kita tidak mungkin mengharapkan apa-apa perubahan positif kalau hati sudah terpecah-pecah, fikiran menjadi simpang-bercabang dan tindakan-tindakan yang hendak dijalankan tidak disokong dan tidak didokong. Biarlah kehebatan kita berkata-kata setanding dengan nilai amal dan kerja kita.

Insyaallah, barisan pimpinan yang akan dilantik nanti, pastinya akan meneliti perkara ini dan mengatasinya dengan izin Allah. Marilah kita bersama dengan mereka mengatasi masalah ini secara berjamaah. Jadikan usaha ini sebagai usaha jamaah dan bukan individu, hatta kelompok individu. Kekuatan jamaah insyaalah akan menjelmakan kekuatan yang mantap, tegap tegoh sepohon kayu, sebagaimana yang digambarkan Allah swt dalam Surah Ibrahim, ayat 24 – 25 yang bermaksud :

”Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, (24)
pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. (25)” - (Surah Ibrahim)


“Seperti sepohon kayu yang baik, akarnya teguh, cabangnya menjulang ke langit, memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya.” – inilah iltizam koperasi kita yang akan kita jadikan sebagai matlamat dan kenyataan dengan izin Allah swt, insyaallah”.


MEMPERKASA ASET TERAS

Daya insan, adalah aset teras (core asset) yang penting bagi sesebuah organisasi di samping element reputasi, harta intelek, teknologi dan kewangan. Dalam konteks koperasi, anggota-anggota atau para koperator adalah komponen daya insan terpenting dan aset teras yang boleh memberi kesan besar tehadap masa depan koperasi.

Bagaimanapun ini bergantung kepada kualiti anggota dan tahap komitmen mereka terhadap kemajuan koperasi. Anggota-anggota yang komited dan bertanggungjawab mempunyai kemampuan yang lebih baik dalam melakar kejayaan dalam koperasi. Komitmen yang diperlukan tentunya lebih dari sekadar mencarum untuk mendapatkan pulangan keuntungan, tetapi juga bersikap proaktif, mengambil berat tentang perkembangan koperasi, menyumbang idea dan pemikiran serta mengambil bahagian aktif bagi menjayakan kegiatan dan aktiviti – aktivitinya.

Untuk koperasi kekal kuat, anggota-anggota koperasi mestilah mengambil sikap kebertanggungjawaban dan ’ownership’ secara serius. Mereka mestilah mendengar dan mengajukan soalan-soalan kepada pimpinan mereka, menawarkan idea-idea, kekal setia dalam melaburkan kewangan ke dalam koperasi mereka sendiri.
Kami dapati anggota-anggota masih ‘terkial-kial’ dalam mendapatkan maklumat tentang perkembangan koperasi. Dalam hal komunikasi antara anggota dan pengurusan koperasi ini, hubungannya mestilah bersifat dua hala. Suka saya menyarankan supaya anggota-anggota bertindak secara proaktif dalam hal ini, selalulah mengungjung pejabat Koperasi untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan koperasi kita. Bagi mengatasi masalah ini, Koperasi telah dan sedang mebangunkan satu laman web untuk anggota-anggota mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini. Anggota Koperasi dengan mengakses laman web tersebut di internet, di alamat : www.kimk-bhd.blogspot.com. Walaupun laman ini tidaklah seberapa, sesuai dengan kos untuk membangunkannya, diharap masalah komunikasi antara anggota dan Koperasi dapat diminimakan.
Suka juga saya mengingatkan, semua ALK dan JAD, khususnya yang baru dilantik mestilah menghadiri dan mempunyai sijil Kursus wajib dalam tempoh setahun. Bagi mereka yang tidak dilantik, adalah amat digalakkan untuk menghadiri kursus ini sebagai persediaan masa depan. Mereka yang berminat, termasuk juga untuk kursus-kursus pembangunan keusahawanan, diharap dapat menghubungi kami untuk urusan pendaftaran kursus. Maklumat berhubung perkara ini akan dipaparkan di dalam laman web yang saya nyatakan tadi.

Mengakui hakikat ini, Koperasi merancang untuk menghantar anggota-anggota ke program yang disusun oleh pihak SKM, MKM adan ANGKASA bagi meningkatkan kualiti anggota. Dengan pemahaman tentang perinsip dan nilai-nilai koperasi, peranan serta tanggungjawab sebagai anggota, aspek-aspek keusahawanan dan perniagaan akan dapat membangunkan anggota koperator yang cerdik (intelligent) dan bertanggungjawab. Merekalah aset teras penentu kejayaan koperasi. Kepada anggota yang berminat, sila dapatkan maklumat dilaman web koperasi, www.kimk-bhd.blogspot.com atau menghubungi Setiausaha, atau pejabat Koperasi untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

Kejayaan pengurusan sesebuah koperasi adalah bergantung kepada kebijaksanaan kerjasama aktif anggota-anggota bersama pimpinannya dan pengurus/pekerjanya. Setiap kumpulan mestilah memikul pertanggungjawaban ini bersama-sama. Oleh itu,
marilah kita bersama-sama sebagai koperator, meningkatkan kualiti diri, menambah ilmu, membina persefahaman dan kerjasama yang lebih mantap, bersama memperbaiki kekurangan yang ada dan bertekad mengangkat martabat Koperasi Ikatan Muslim Kinta Berhad sebagai sebuah koperasi islam yang berjaya. Wassalam.


MESYUARAT AGUNG PERTAMA KIMK BHD (2)

KIMK Bhd On 1:49 AM


Salam buat semua anggota.

Alhamdulillah, Mesyuarat kali ini telah memilih 6 orang Ahli Lembaga Koperasi (ALK) yang baru berikutan pengguguran ALK lama sebagaimana yang dikehendaki oleh Undang-undang Kecil Koperasi (UUK) dimana 4 orang darinya adalah ALK yang terpilih semasa mesyuarat agung permulaan yang lalu manakala 2 orang lagi adalah ALK yang dilantik. Mereka yang digugurkan seperti berikut :

1. Hj. Junus bin Mahamood - ALK
2. Sdr. Mohamad Zaizi bin Zainal - ALK
3. Hj. Mat Razali bin Abdul Rahman - ALK
4. Hj. Mohamed Ali bin Hussain - ALK
5. Sdr. Harris bin Alimudin - ALK Dilantik
6. Sdr. Anuar bin Hamzah - ALK Dilantik

Kepada mereka di atas diucapkan ribuan terima kasih atas segala jasa bakti yang ditaburkan kepada Koperasi ini secara sukarela. Begitu juga kepada 2 orang lagi bekas ALK iaitu Tuan Hj. Zulkifly bin Hairi Osman (meletak jawatan) dan Allahyarham Hj. Kamaruddin bin Mohamed Noor (meninggal dunia).

Mereka yang terpilih sebagai ALK yang baru pula seperti dibawah :

1. Hj. Mat Razali bin Abdul Rahman - (terpilih semula)
2. Sdr. Anuar bin Hamzah - (terpilih semula)
3. Sdr. Zainal Arif bin Abdul Khalid - (Baru)
4. Hj. Ahmad bin Osman - (Baru)
5. Hj. Sarginan bin Sakiman - (Baru)
6. Nor Zaleha binti Mohayudin @ Moha - (Baru)

Kepada mereka yang terpilih diucapkan tahniah dan selamat menjalankan amanah.Wassalam.

MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI IKATAN MUSLIM KINTA BHD (1)

KIMK Bhd On 12:58 AM


Salam buat semua anggota.

Alhamdulillah, Koperasi kita telah selesai mengadakan mesyuarat agungnya yang pertama pada 7/3/2010 di Dewan Kuliah ILHAM Negeri Perak di Taman Rapat Indah, Ipoh. Dengan kehadiran seramai 18 orang dari 36 anggota yang layak menghadiri mesyuarat agung kali ini, kita mencatatkan 50% kehadiran dimana peraturan menetapkan kuorum minima sebanyak 1/3.

Mesyuarat kali ini telah memilih 5 orang Ahli Lembaga Koperasi (ALK) baru dan mengekalkan seorang ALK tahun lalu, iaitu Tuan Hj. Mat Razali ibn Abdul Rahman. Mesyuarat ALK yang diadakan sejurus mesyuarat agung turut mengekalkan barisan EXCO yang lalu. Diharap mereka dapat membuat perubahan dalam menguruskan koperasi kita.


Apa yang menarik, walaupun kita mengalami kerugian dan tiada dividen dikeluarkan pada tahun pertama ini, para anggota koperasi kelihatan berpuashati dengan prestasi semasa koperasi dan terus memberi sokongan bagi menjayakan misi ekonomi jamaah. Bahkan had keterhutangan maksima koperasi, para anggota telah meluluskan dan meningkatkan hadnya dari RM 5 juta yang dicadangkan oleh ALK kepada RM 10 juta. Semoga keyakinan para anggota dapat memotivasikan barisan pimpinannya untuk mengubah prestasi koperasi kita pada sessi kali ini dengan membuat keuntungan.

Mesyuarat kali ini juga telah meluluskan 2 usul iaitu penyertaan anggota dalam Takaful Tabbaru’ (perlindungan maksima sebanyak RM 14 200) dan cadangan penambahan syer anggota dengan caruman minima RM 100 setahun sehingga mencukupi 4 unit syer seorang.

Semoga para anggota koperasi kita akan lebih aktif dan pejabat Koperasi tidak lagi kesunyian, demikianlah harapnya.Wassalam.

SELAMAT BERMESYUARAT

KIMK Bhd On 4:48 PM

Salam buat semua anggota KIMK Bhd

Pihak ALK mengucapkan selamat datang dan selamat bermesyuarat kepada semua anggota pada Ahad ini. Insyaallah jamuan sarapan pagi akan disediakan. Di harap semua dapat menghadiri mesyuarat pertama ini dan tidak berlaku kekurangan korum. Marilah bersama-sama kita membuktikan usaha jamaah bukanlah sekadar retorik semata tetapi kita serious untuk menjadikan koperasi ini sebagai medan 'jihad ekonomi' ummah.

Semua anggota di ingatkan supaya menjelaskan syer minima RM 250.00 untuk membolehkan tuan/puan menghadiri sebagai perwakilan.

Kaunter akan dibuka pada jam 08:00 pagi untuk proses pendaftaran dan pembayaran syer. Tuan/puan juga digalakkan memperkenalkan anggota-anggota baru kerana pihak kaunter turut menjalankan pendaftaran anggota baru.Wassalam.

'selamat bermuktamar'