PELUANG PEKERJAAN BERSAMA KIMK BHD

KIMK Bhd On 1:16 PM

Salam buat semua anggota KIMK Bhd dan pembaca yang dihormati.

Kepada mereka yang berminat, khususnya warga jamaah KIMK Bhd sendiri dan keluarga mereka, adalah dipelawa untuk menjadi sebahagian dari warga kerja KIMK Bhd.

Pihak kami memerlukan sekitar 15 hingga 20 orang yang akan bertugas insyaallah, untuk projek ‘Anjung Budi Café’ (restoran dan catering), milik penuh koperasi di Tambun. Latihan akan dijalankan secara berkala dan sambilan, mengambil masa sekitar 3 hingga 6 bulan. Sepanjang latihan ini, bidang kerja latihan tertumpu kepada katering. Elaun akan dibayar sepanjang tempoh latihan ini berlansung. Mereka yang terpilih akan diserapkan sebagai temankerja tetap kami apabila projek‘Anjung Budi Café’ memulakan operasi .

Kekosongan jawatan yang perlu diisikan segera ialah bertugas sebagai ‘Tukang masak’ dan ‘Perkhidmatan Pelanggan’. Mereka yang diserapkan sebagai pekerja tetap perlu bekerja secara shift ( 2 shift). Mereka yang berpengalaman dan mempunyai perwatakan islami amat dialu-alukan. Gaji boleh dirundingkan.

Sila hantarkan surat permohonan dan resume tuan/puan, dan nyatakan jawatan yang dipohon kepada kami samada melalui pos, email atau fax melalui alamat kami yang tertera di laman web ini. Pihak kami akan menghubungi tuan/puan sekiranya permohonan tersebut berjaya.

Wassalam.

EXCO PELABURAN : LAWATAN KE JERAM

KIMK Bhd On 11:06 AM

LAWATAN KERJA KE TANAH ANGGOTA DI JERAM

Salam buat semua anggota dan pembaca.

Pada 15/6/2010 yang lalu, seramai 3 orang ALK telah ke Jeram bagi melawat tanah seluas kira-kira 32 ekar yang dimiliki oleh seorang anggota KIMK Bhd, Sdr. Ameer. Kami bertolak kesana sekitar pukul 10.30 pagi bersama-sama dengan Sdr. Ameer sendiri.

Tanah disekitarnya kelihatan dikhususkan untuk pertaniaan. Ianya diusahakan dengan pelbagai projek pertaniaan seperti tanaman sayur-sayuran, kebun getah, ternakan dan juga kelapa sawit. Tiada sebarang penempatan penduduk yang dapat dilihat disini. Bersebelahannya terdapat tapak yang diusahakan oleh Jabatan Haiwan untuk projek penternakan yang kelihatan terbengkalai. Mungkin keadaan topografi tanah yang landai sesuai untuk dijadikan padang ragut. Dihadapannya pula kelihatan tanaman kelapa sawit diusahakan oleh penoroka-peneroka disitu.

Secara umumnya kami berpuashati dengan keadaan tanah ini. Insyaallah, ALK Hj. Abdul Haiyi akan meneruskan rundingan bagi pihak koperasi berhubung penggunaan tanah ini. Beberapa pilihan akan diberikan kepada tuanpunya tanah untuk membolehkan koperasi membangunkan tanah ini.

Tanah yang pamah dan landai itu begitu mententeramkan jiwa, itulah kebesaran Allah swt yang Maha Pencipta. Hasil ciptaan “tanganNya” sahaja sudah mampu memberikan ketenangan jiwa kepada hamba-hambaNya. Jika ciptaanNya pun mampu menenangkan jiwa, apatah lagi jika hati-hati kita berhubung secara terus dengan Allah Rabbul Alamin. Semoga Allah swt membukakan hijab yang menghalang hati-hati kita untuk terus sentiasa dekat denganNya. Allahu akhbar!

Dikesempatan ini, suka diingatkan kepada semua anggota-anggota supaya segera menunaikan tanggungjawab bagi melunaskan bayaran syer minima masing-masing. Sebagaimana yang diperkatakan oleh bijakpandai masakini : “Wang bukanlah segala-galanya, tetapi segala-galanya memerlukan wang’. Kita berasa syukur dengan komitmen sebahagian anggota yang cuba membantu koperasi seperti Sdr. Ameer yang cuba memperuntukan tanah ini untuk koperasi membangunkannya. Insyaallah, dengan adanya komitmen yang sebegini, koperasi kita mampu melepasi julat masa ‘learning curve’ ini dengan kadar yang segera. Wallahua’lam.

Wassalam.

KIMK Bhd On 4:57 PM

PROJEK CATERING KIMK BHD

Untuk pertama kali setelah mesyuarat ALK meluluskan projek catering untuk dilaksanakan ol
eh Koperasi, seramai 3 orang ALK hadir untuk terlibat dalam projek pertama ini pada 12hb. Jun lalu, dimana ‘hands-on’ training bagi projek catering ini dikendalikan oleh Budimas.Urusan persiapan untuk majlis walimatul urus ini bermula jam 9 pagi dan berakhir sekitar jam 4 petang.

3 setting dilaksanakan, setting pertama untuk tetamu biasa yang hadir, setting kedua untuk kaum kerabat dan setting ke 3 untuk tetamu VIP (Pengantin). Majlis ini ditempah untuk kehadiran tetamu seramai 800 orang. Seramai 12 orang temankerja melaksanakan tugas ini. Kejayaan pelaksanaan tugas ini memberi keyakinan kepada koperasi untuk menjayakan projek ini.

Kami percaya dengan sokongan semua anggota dengan menjadikan koperasi sebagai catering pilihan mereka, kita akan mengecap kejayaan dalam tempoh masa yang singkat
dan menjadi antara penyedia perkhidmatan catering yang unggul di Bandaraya Ipoh ini.

EXCO PELABURAN

KIMK Bhd On 4:49 PM

HADIAH JIKA MEMBELI KERETA PERODUA?

Salam buat semua anggota dan pembaca.

Anda tidak percaya? Anda membeli kereta dan kami akan memberi hadiah istimewa untuk kereta anda itu.

Percayalah, jika anda mematuhi syarat-syarat kami. Caranya mudah sahaja, semudah A, B, C.

Jika anda berhajat untuk membeli kereta jenama PERODUA, hubungi kami dengan menelefon atau faxkan ke pejabat koperasi di talian : 05 – 312 9942.

Nyatakan nama, alamat, no. kad pengenalan dan nombor handphone anda untuk kami hubungi.




Jurujual kami akan menghubungi anda, dan menguruskan urusan pembelian kereta anda.
Setelah anda menerima kereta anda, hubungi kami untuk menuntut hadiah anda.

Cukup mudah, bukan?

Wassalam.

Kohilal: SKM sahkan tiada penyelewengan

KIMK Bhd On 2:03 PM

Kohilal: SKM sahkan tiada penyelewengan

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengesahkan kerugian yang ditanggung Koperasi Al-Hilal Berhad (Kohilal) bukan kerana salah laku pengurusan atau penyelewengan tetapi silap percaturan dalam urusan pelaburan.

Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Mangsor Saad, berkata pihak pengurusan koperasi itu telah silap membuat pelaburan sewaktu negara dilanda kegawatan ekonomi pada tahun 1998.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengesahkan kerugian yang ditanggung Koperasi Al-Hilal Berhad (Kohilal) bukan kerana salah laku pengurusan atau penyelewengan tetapi silap percaturan dalam urusan pelaburan.

Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Mangsor Saad, berkata pihak pengurusan koperasi itu telah silap membuat pelaburan sewaktu negara dilanda kegawatan ekonomi pada tahun 1998.

Katanya, SKM pernah mengambil alih koperasi itu selama setahun pada 2005 sebelum menyerahkannya semula kepada pengurusan baru koperasi berkenaan pada tahun berikutnya.

“Kami anggap isu KOHILAL sudah selesai selepas urusan pentadbiran koperasi itu diserahkan kepada pengurusan baru pada 2006," katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Pelaburan Koperasi Dalam Konteks Ekonomi Semasa, di Kota Bharu, hari ini.

Mangsor mengulas desakan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali, agar PAS mendedahkan ke mana RM45 juta wang pelaburan kira-kira 20,000 ahlinya disalurkan.

Ibrahim dilaporkan sebagai mendakwa, pelbagai persoalan menyelubungi koperasi berkenaan sehingga menyebabkan skim pelaburan yang ditubuhkan pada 1986 itu hanya mampu membayar dividen rendah sehingga 1997.

Mangsor berkata, SKM menganjurkan pelbagai seminar untuk anggota koperasi mendalami ilmu mengenai pelaburan bagi mengelakkan mereka menanggung kerugian.

Beliau juga berkata, SKM mensasarkan RM60 bilion aset atau 10 peratus sumbangan koperasi dalam pembabitannya membantu pertumbuhan ekonomi negara menjelang 2020, berbanding hanya satu peratus atau kira-kira RM9 bilion pada tahun ini.

Oleh itu, beliau mahu pihak koperasi menjana pendapatan dengan memperluaskan lagi skop pelaburan dalam bidang hartanah, perladangan, ternakan dan industri makanan bagi memastikan matlamat itu dapat tercapai.

- Bernama
Katanya, SKM pernah mengambil alih koperasi itu selama setahun pada 2005 sebelum menyerahkannya semula kepada pengurusan baru koperasi berkenaan pada tahun berikutnya.

"Kami anggap isu KOHILAL sudah selesai selepas urusan pentadbiran koperasi itu diserahkan kepada pengurusan baru pada 2006," katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Pelaburan Koperasi Dalam Konteks Ekonomi Semasa, di Kota Bharu, hari ini.

Mangsor mengulas desakan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali, agar PAS mendedahkan ke mana RM45 juta wang pelaburan kira-kira 20,000 ahlinya disalurkan.

Ibrahim dilaporkan sebagai mendakwa, pelbagai persoalan menyelubungi koperasi berkenaan sehingga menyebabkan skim pelaburan yang ditubuhkan pada 1986 itu hanya mampu membayar dividen rendah sehingga 1997.

Mangsor berkata, SKM menganjurkan pelbagai seminar untuk anggota koperasi mendalami ilmu mengenai pelaburan bagi mengelakkan mereka menanggung kerugian.

Beliau juga berkata, SKM mensasarkan RM60 bilion aset atau 10 peratus sumbangan koperasi dalam pembabitannya membantu pertumbuhan ekonomi negara menjelang 2020, berbanding hanya satu peratus atau kira-kira RM9 bilion pada tahun ini.

Oleh itu, beliau mahu pihak koperasi menjana pendapatan dengan memperluaskan lagi skop pelaburan dalam bidang hartanah, perladangan, ternakan dan industri makanan bagi memastikan matlamat itu dapat tercapai.

- Bernama
(Dipetik dari detikdaily.com)

SEMOGA MENJADI IKTIBAR KEPADA KITA

KIMK Bhd On 9:01 PM

Rugi RM40 juta: Siasatan Kohilal selesai

(Dipetik dari Malaysiakini.com)


Siasatan ke atas Koperasi Al-Hilal Bhd (Kohilal) yang kerugian hampir RM40 juta, sudah selesai, kata pengerusi lembaga Kohilal, Mat Samsudin Abdullah.


Menurut beliau, Kohilal kini diletakkan di bawah lembaga pengurusan baru yang dilantik oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) - (dahulunya Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia) sejak 2007.


"Siasatan sudah selesai dan sekarang lembaga baru tumpukan untuk memulihkan koperasi," kata Mat Samsudin ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Beliau berkata tumpuan tersebut termasuk aktiviti mempromosikan produk baru keluaran Kohilal.

Ketika ditanya, Mat Samsudin bagaimanapun enggan mengulas aktiviti pelaburan yang didakwa menyebabkan Kohilal mengalami kerugian berjumlah hampir RM40 juta itu.

“Siasatan sudah selesai dan lembaga baru yang menguruskan (Kohilal) sekarang. Jadi tidak adil bagi saya untuk memberi komen sekarang kerana semua itu berlaku dalam lembaga dahulu,” katanya.

Ditanya lanjut, beliau juga enggan mendedahkan hasil siasatan yang dilakukan oleh suruhanjaya berkenaan.

“Hasil siasatan itu ada pada mereka. Tidak adil (kepada ahli lembaga terdahulu) jika saya dedahkan,” katanya lagi.

Isu ini kembali mencuri perhatian susulan laporan akhbar Utusan Malaysia semalam berhubung dakwaan skandal berkenaan.


Laporan itu menyebut, presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan “penyelewengan pengurusan” yang berlaku sejak 2001.

Ibrahim dilaporkan telah menyedia satu dokumen berhubung dakwaan skandal itu, yang didakwa berlaku dalam sebuah anak syarikat koperasi berkenaan Kohilal Holdings Sdn Bhd.

Memetik exco kerajaan Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, laporan hari ini, akhbar itu juga menyebut, kegiatan Kohilal kini "dibekukan buat sementara waktu."


Dalam pada itu pula, lidah rasmi PAS memetik Mohd Amar sebagai berkata, Kohilal sedang "memperbaiki pengurusan baru untuk membuat perubahan dalam koperasi itu agar ia pulih semula."

Beliau juga berkata, Kohilal tidak perlu memberi penjelasan kepada PERKASA memandangkan Ibrahim Ali tidak menganggotai koperasi berkenaan.

Mohd Amar juga menepis dakwaan yang ditimbulkan Ibrahim, namun mengakui bahawa Kohilal sememangnya "mempunyai sedikit masalah."

“Kadang-kadang nasib kita baik, kita mencarum di tempat yang kebetulan ada rezeki yang baik untuk kita, kita akan mendapat keuntungan yang lebih. Jika tidak, inilah yang terpaksa kita tanggung,” ujarnya lagi.


p/s : Semoga perkara ini menjadi iktibar kepada kita dan kita dapat mengambil faedah darinya. Nampaknya EXCO Hisbah perlu bekerja lebih keras untuk memastikan kita tidak masuk ke lubang yang sama, insyaallah. OK ke Hj. Sarginan?

EXCO PELABURAN

KIMK Bhd On 8:24 PM

Lawatan Tapak ke kebun Kelapa Sawit 45 ekar di Parit.

Salam buat semua anggota.

Pagi ini, jam 8.30 pagi kami seramai 4 orang ALK telah bertolak ke Choping, Parit untuk melakukan lawatan tapak ke sebuah kebun kelapa sawit di sana. Lawatan tapak ini merupakan lawatan kedua kami ke sebuah kebun kelapa sawit, kali pertama di Ulu Kuang, Sg. Siput.


Kali ini kelihatannya bukit yang perlu didaki lebih tinggi. Alhamdulillah sebuah Hilux disediakan oleh tuan tanah. Tanah seluas 45 ekar kelihatan agak sukar untuk dijejaki kesetiap penjuru. Jadi kami hanya menyusuri jalan yang sedia ada dengan Hilux tersebut. Adakala malu juga apabila pemandunya mengatakan ketinggian yang sebegini biasa sahaja.Nampak sangat terlalu asing dengan dunia hutan dan yang seumpamanya.


Perbincangan lanjut akan diteruskan dengan tuan punya tanah.Insyaallah, jika perbincangan berjalan lancar, Koperasi akan memulakan gerak kerja terasnya iaitu di bidang Kelapa Sawit. Sama-samalah kita berdoa semoga usaha kita ini di izinkan Allah swt dan mampu mengangkat martabat ekonomi jamaah.

Wassalam.