AYUH KUBURKAN KAPITALIS!

KIMK Bhd On 3:21 AM

AYUH KUBURKAN KAPITALIS!

Oleh: ismanusa

Gerakan Occupy Wall Street semakin mendapat perhatian dan mungkin merebak keseluruh dunia. Krisis ekonomi global sekarang ini menonjolkan penindasan, kerapuhan dan ketaktentuan terhadap sistem ekonomi riba-kapitalis. Ketidakadilan terserlah apabila kerajaan-kerajaan bersedia menyelamatkan bank dan instituisi kewangan yang gagal dengan wang rakyat akibat kerakusan mereka sendiri, tetapi sebaliknya tiada yang berusaha menyelamatkan nasib beribu-ribu rakyat biasa yang kehilangan tempat tinggal dan wang simpanan mereka.

Golongan biasa rakyat Amerika sekarang memberontak meminta mereka diberi layanan yang sama seperti gergasi perbankan dalam kadar pinjaman mereka. Peminjam ini kebanyakannya pinjaman pendidikan tidak dapat pertimbangan pengurangan kadar interest pinjaman kolej mereka; tidak seperti dinikmati oleh syarikat koperat yang mendapat berbagai keistemewaan dan pengecualian. Akhirnya ia membuahkan hutang yang diluar kemampuan mereka. Sesiapa yang tamat belajar dari kolej akan mempunyai hutang yang mengambil masa berdekad untuk dilunaskan. Purata USD23,000 seorang pelajar; sesiapa yang mengambil ijazah profesional mencecah bebanan enam angka! Inilah bebanan yang menimpa generasi muda Amerika akibat kezaliman sistem riba-kapitalis dan menyebabkan mereka bangkit memberontak dihadapan mercu tanda kapitalis dunia itu sendiri - wall street. Bencana seperti ini juga menimpa setiap generasi muda yang tamat pendidikan tinggi dinegara kita!

Walaupun negara kita mengembar-gemburkan mengamalkan kewangan Islam tapi hakikatnya ia adalah pembohongan atas nama Islam. Ia lebih kepada pelengkap kepada sistem Kapitalis; bahkan lebih menonjolkan ketidak adilan kepada rakyat yang terdesak. Baru-baru ini seorang rakan menceritakan kepada saya bahawa beliau membuat pinjaman peribadi secara islamik, pinjaman ekpress dengan kaedah syariah dinamakan Financing-i. Prosedurnya amat mudah, dalam masa 2 hari sahaja beliau mendapat pinjamannya sebanyak RM5,000. Tetapi amat mengejutkan kadar 'keuntungan' yang dikenakan adalah 25% setahun dan dalam masa 5 tahun pinjamannya jumlah penyelesaiannya mencecah RM11,250! Ini merupakan satu omokan terhadap keadilan Islam!

Padahal dalam al-Quran dengan jelas menyatakan, penambahan hutang akibat penambahan tempoh masa adalah jelas riba;

"Hai orang-orang yang beriman) janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keberuntungan." ( QS. Ali Imran:130)

Ibnu Katsir ketika menafsirkan ayat ini berkata, Allah Ta'ala melarang hamba-hamba-Nya kaum mukminin dari praktik dan memakan riba yang senantiasa berlipat ganda. Dahulu orang-orang jahiliyyah bila hutang sudah lebih tempoh, mereka berkata kepada yang berhutang, 'Engkau menjelaskan hutangmu atau membayar riba.' Bila ia tidak menjelaskannya, maka pemberi hutangpun menundanya dan orang yang berhutang menambah jumlah pembayarannya. Demikianlah setiap tahun; sehingga hutang yang sedikit menjadi berlipat ganda besar jumlahnya. Dan pada ayat ini Allah Ta'ala memerintahkan hamba-Nya untuk senantiasa bertakwa agar mereka selamat di dunia dan di akhirat.

Baru-baru ini juga saya terdengar dalam radio Ikim tentang porak puranda menimpa masyarakat akibat penindasan bank kapitalis ini. Nasib seorang lelaki yang hidupnya bahagia tiba-tiba berubah selepas beliau mengalami kemalangan motorsikal dan terpaksa berehat dari bekerja dalam tempoh yang lama. Masalahnya bermula apabila beliau tidak mampu menjelaskan bayaran pinjaman perumahan akibat tidak bekerja dan di istiharkan bengkrap oleh mahkamah. Seterusnya beliau terpaksa juga dimasukan penjara kerana tidak mampu juga membayar jumlah yang ditetapkan mahkamah dan menyebabkan rumah tangganya porak peranda. Masalahnya mungkin beliau gagal menyelesaikan pinjaman mungkin hanya RM100,000 tapi kisahnya berlainan jika beliau membuat pinjaman hutang RM1 billion atau RM7 billion; maka pihak berkuasa sedaya upaya akan memberi bantuan, bahkan mungkin mahkamah sendiri akan mempertahankan beliau...

Pernah saya bertanya kepada seorang pengurus perbankan Islam terkemuka, bagaimanakah sistem perbankan Islam menetapkan kadar keuntungan? Beliau mengatakan tidak pasti, beliau hanya membuat pengiraan berdasarkan tetapan yang dibuat oleh perisian komputer dan kadarnya adalah selaras dengan jumlah pasaran semasa. Perbezaannya hanyalah dari segi terma-terma instrument kewangan. Sebenarnya setakat ini tidak adapun rumusan formula yang berdasarkan Syariah. Semua ekonomi berdasarkan sistem kapitalis, yang menetapkan kadar keuntungan akan bertambah apabila bertambahnya masa. Semuanya berdasarkan formulasi Time Value Money.

Krisis kapitalis dan kononnya perbankan syariah hari ini ialah kerana mereka tidak percaya bahawa riba itu bukan perniagaan, pinjaman ialah jumlah hutang yang tidak bertambah dengan masa dan sedekah lah yang sebenarnya mengembangkan ekonomi!

Perbankan Syariah cuba berselindung bahawa pinjaman itu adalah perniagaan, tetapi kalau perniagaan mereka mesti menanggung untung rugi bukan mengaut keuntungan semata-mata. Khilafah Islam telah membuktikan dan tersurat dalam sejarah apabila kewangan Islam dijalankan sepenuhnya; kemiskinan berjaya dihapuskan secara total. Kita cabar kapitalis ini tunjukkan modelnya yang kemiskinan boleh dihapuskan...hakikat sebenarnya kekayaan yang mereka maksudkan ialah hutang..debt based money system...hutang itu mereka cagarkan keatas kepala rakyat dan negara..NAH INILAH PEMBANGUNAN YANG KAMU MINTA!

Allah dan Rasulnya telah lama mengistiharkan perang terhadap Riba-Kapitalis, apakah yang menghalang kita untuk turun berjuang?

"Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa." (Al-Baqarah 2:279)

sumber : http://petunjukzaman.blogspot.com/2011/10/ayuh-kuburkan-kapitalis.html

ATURCARA LAWATAN KE PEKAN BARU, INDONESIA

KIMK Bhd On 9:22 PM

Salam buat semua para anggota & peserta. Dibawah ini adalah tentatif aturcara lawatan untuk rujukan semua.


ATUR CARA LAWATAN SKIP KE PEKANBARU ( 11 – 14 DISEMBER 2011 )

11 DECEMBER 11 / Ahad - HARI PERTAMA

10.00 pagi Bertolak dari Ipoh ke LCCT ( Bas sewa)

2.00 ptg Berkumpul dan check-in di LCCT

4.00 ptg Berlepas ke Pekan Baru.

3.50 ptg Tiba di Pekan Baru, terus check-in hotel

5.00petang Bersiar keliling kota dan solat maghrib di Masjid Agung.

8.00 mlm Makan malam di Mall dan balik ke hotel – istirehat

12 DECEMBER 2011 / Isnin – HARI KEDUA

7.00 pagi Sarapan di hotel

9.00 pagi Program bersama KUD & Lawatan ke projek koperasi

1.00 th Makan tengahari

2.30 ptg Shopping di Bazaar Ramayana dan pasar bawah

7.00 mlm Makan malam dan balik kehotel - istirehat

13 DECEMBER 2011 / Selassa – HARI KETIGA

7.00 pagi Sarapan pagi di hotel

9.00 pagi Lawatan ke Universitas Islam Negeri (UIN)

11.00 pagi Lawatan ke Istana Siak, Gedung Seni & Muzium

1.00 thari Makan tengah hari & balik ke hotel

3.00 ptg Kunjungan ke Pejabat Kedutaan Malaysia.

5.00 ptg Shopping di Mall terus makan malam.

8.00 mlm Balik ke hotel – istirehat.


14 DECEMBER 2011/ Rabu – HARI KE EMPAT

7.00 pagi Sarapan pagi di hotel

9.00 pagi Lawatan ke Kantor Gabenor Riau

12.00 pagi Balik ke hotel/ berkemas dan check out

1.00 th Makan tengah hari

2.30 petang Bertolak ke Bandara utk check-in

4.15 petang Berlepas pulang ke KL.


Sekian, wassalam.

KURSUS WAJIB 1

KIMK Bhd On 8:19 PM

Salam buat semua anggota koperasi.

Berikut adalah detail bagi maklumat kursus di atas :

KURSUS PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOPERASI

TEMPAT : PANGKOR HOLIDAY RESORT
MASA : 3.00 PTG - 6.00 PTG (LAPOR DIRI )
TARIKH : 28/10/2011 HINGGA 30/10/2011

... MANA2 ANGGOTA KOPERASI, ALK DAN JURU AUDIT YG BELUM LAGI MENGIKUTI KURSUS WAJIB INI BOLEHLAH MENGIKUTI SEPERTI TARIKH DIATAS.

KEPADA MANA-MANA ANGGOTA KOPERASI YANG BERMINAT, SILA HUBUNGI PEJABAT DI TALIAN 05-3129942 (PN. INA)

note* surat sokongan cuti tanpa rekod akan disediakan.

Sekian, Wassalam.

Kursus Asas Koperasi di Pulau Pangkor

KIMK Bhd On 12:30 PM

Kursus Asas Koperasi di Pulau Pangkor


Pihak ALK mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua anggota yang telah menghadiri Kursus Asas Koperasi dengan jayanya di Pulau Pangkor, Perak pada 30/9 hingga 2/10/2011. Tidak lupa juga kepada Bendahari Koperasi Ikatan Muslim Kinta Berhad selaku Pengarah Program yang bekerja keras memastikan program ini berjalan lancar.





Seramai 47 orang peserta telah menghadirinya, terdiri dari anggota-anggota Koperasi yang menganggotai Sekretariat Koperasi Islam Perak (SKIP) kecuali Koperasi Keluarga Bahagia. Pihak ANGKASA pula telah diwakili oleh Puan Izatulnizah selaku moderator manakala Haji Hamdan dan isteri mewakili ANGKASA Negeri Perak. Sebuah bas sewa khas yang dipenuhi para peserta menuju ke Lumut sejurus solat Jumaat dari 3 tempat transit ditetapkan, iaitu di Masjid Kg. Melayu Sg. Rapat, Masjid Kg. Pengkalan Pegoh dan Surau RPT Seri Rahmat untuk mengambil para peserta. Sebahagian kecil peserta menuju ke Lumut dengan kenderaan sendiri memandangkan bas yang disewa telah penuh. Semua peserta selamat sampai ke Pangkor Bayview Beach Resort sekitar jam 6.30 petang.

Koperasi Pegoh Al Barakah telah diwakili seramai 18 anggota manakala Koperasi
Qaswa pula menghantar seramai 4 anggota mengikuti kursus ini. Baki seramai 25 orang peserta terdiri dari anggota Koperasi Ikatan Muslim Kinta Berhad. Ikatan ukhwah berjaya dijalinkan dikalangan peserta sepanjang kursus ini berjalan bagi menyatukan fikrah dikalangan mereka sebagai anggota sebuah koperasi islam. Kehadiran anak-anak yang turut menyertai peserta turut memeriahkan lagi program ini. Peserta turut menikmati keenakan juadah yang disediakan secara percuma oleh penganjur sepanjang kursus berjalan, hinggakan setiap hidangan sentiasa berjaya dihabiskan.

Aturcara program yang telah diatur oleh pihak ANGKASA untuk kursus 3 hari
ini termasuklah bengkel bagi memberi lebih kefahaman kepada para peserta. Moderator, Puan Izatulnizah berjaya mengendalikan para peserta yang sebahagian besarnya terdiri dari pesara, dengan bijak. Aturcara pada hari kedua dan ketiga khususnya dikira agak padat, bagaimana pun kehadiran peserta sepanjang kursus ini amat memuaskan dengan kehadiran 100%. Antara topik yang dipelajari disini ialah Peranan dan Jatidiri Anggota Koperasi, Perundangan Koperasi dan Memahami Penyata Kewangan Koperasi. Bagaimana pun takdir Ilahi menentukan berlakunya gangguan bekalan elektrik pada petang 1/10/2011 menganggu sedikit kelancaran kursus. Peluang ini diambil oleh para peserta untuk membeli belah dan melawat sekitar Pulau Pangkor dengan bot termasuk melakukan aktiviti snorkeling di Pulau Giam.

Maklumbala
s dari peserta untuk program ini amat menggalakkan dan mereka berharap program sebegini dapat diadakan lagi. Antara cadangan yang dikemukakan adalah untuk mengadakan kursus sebegini di Pulau Langkawi dan juga di Sabah/Sarawak pada masa akan datang.

Kepada para anggota yang berminat untuk menghadiri kursus dimasa akan datang, sila maklumkan kepada pihak pengurusan dengan menghubungi pejabat (Puan Ina) di talian 05-3129942 atau melalui email juga page facebook ‘Koperasi Ikatan Muslim Kinta Berhad’.

Nota : Sila klik butang ‘like’ pada ‘Pages Facebook - Koperasi Ikatan Muslim Kinta Berhad - ’ untuk mendapat maklumat koperasi melalui facebook.

Wassalam.

PERKEMBANGAN TERKINI PROJEK HARTANAH MEDAN GOPENG (HMG)

KIMK Bhd On 4:34 PM



Semua Pencarum TDK - HMG




Terlebih dahulu saya merakamkan penghargaan atas kepercayaan dan sokongan tuan-tuan dalam menjayakan projek ini.


Dimaklumkan kepada para pencarum dalam Tabung Deposit Khas – Hartanah Medan Gopeng (TDK – HMG), bahawa jumlah pegangan ekuiti TDK – HMG dalam projek ini adalah sebanyak 11%, iaitu bersamaan RM 43 500.00 dari keseluruhan kos pembelian sebanyak RM 395 249.40.
Pihak koperasi kita telah menyelesaikan segala urusan pembayaran dengan pihak penjual pada 7hb. September, 2011 yang lalu setelah pihak SKM menjelaskan kepada koperasi pinjaman yang berjumlah RM 315 000.00. Dengan ini telah rasmilah bangunan yang dibeli itu menjadi milik kita bersama. Alhamdulillah syukur kita kepada Allah swt kerana mempermudahkan urusan ini kerana kedua-dua tingkat bangunan ini juga berjaya disewakan pada saat kita membelinya dengan kadar sewaan RM 2 600.00 sebulan.


Pihak koperasi mengunjurkan dividen kepada pencarum sekitar 6.1% setahun yang akan insyaallah dibayar mulai tahun 2012 (Ramadhan 1433H), selagi tuan masih memegang caruman ini. Insyaallah koperasi akan mula memulangkan caruman tuan-tuan mulai Syawal 1433H secara berperingkat-peringkat. Sebarang keperluan untuk mendapatkan segera caruman ini, sila maklumkan dan berbincang dengan pihak kami.


Sebarang kemusykilan/masalah dan ketidakpuasan, sekiranya timbul, diharap dapat kita perbincangkan secara profesional sebagaimana tuntutan persaudaraan dalam satu jamaah Islam. Pihak tuan juga boleh mendapatkan maklumat terkini berhubung Koperasi kita ini melalui facebook di alamat 'page' Koperasi Ikatan Muslim Kinta Berhad atau di http://www.kimk-bhd.blogspot.com/ atau terus menghubungi pejabat di talian 05-312 9942.


Sekali lagi diatas segala kepercayaan, sokongan dan kerjasama tuan-tuan, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga segala urusan kita mendapat redha dan rahmat Allah swt dan diterima sebagai ibadah dalam urusan muamalat ini.


Sekian, wassalam. Terima kasih

Kempen Keanggotaan pada 25/9/2011

KIMK Bhd On 5:05 AM



Kempen Keanggotaan pada 25/9/2011



Bersempena dengan Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran PAS Kawasan Gopeng pada 25hb. September 2011 ini, pihak Koperasi Ikatan Muslim Kinta Berhad mengambil kesempatan yang ada dengan mengadakan Kempen Keanggotaan pada hari tersebut.




Majlis ini akan di adakan di rumah AF Ustaz Abu Bakar Husain, yang merupakan salah seorang anggota Panel Syariah koperasi ini. Pihak Koperasi akan membuka kaunter pendaftaran pada majlis yang akan bermula pada jam 10.00 pagi itu. Adalah diharapkan semua anggota jamaah dapat menghadiri majlis ini dan seterusnya turut mendaftarkan diri sebagai anggota koperasi ini sebagai tanda sokongan terhadap usaha 'jihad ekonomi' jamaah. Borang pendaftaran boleh di isikan di kaunter pendaftaran dengan bayaran minima RM 60.00 sahaja.



MEDAN 'JIHAD EKONOMI' UMAT

Sekian, wassalam.

Kursus Asas Koperasi pada 30/9 - 2/10/2011 di P.Pangkor

KIMK Bhd On 4:31 PM

Assalamua'laikum.
Perhatian untuk para peserta kursus Asas Koperasi di P.Pangkor pada 30/9 - 2/10/2011

Dimaklumkan koperasi telah menyediakan bas untuk perjalanan ke Lumut dan Pulau Pangkor bagi mengurangkan kos para peserta. Semua peserta digalakkan menaiki bas untuk ke sana. Setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM 30.00 seorang. Jadual perjalanan adalah seperti dibawah :

1. Jam 2.00 ptg (30/9/2011) : Bas mengambil peserta kumpulan 1 yang berkumpul di Masjid Kg Melayu Sg. Rapat.

2. Jam 2.30 ptg (30/9/2011) : Bas mengambil peserta kumpulan 2 yang berkumpul di di Masjid Ibnu Salam Kg Pengkalan Pegoh

3. Jam 3.00 ptg (30/9/2011) : Bas mengambil peserta kumpulan 3 yang berkumpul di Surau Kg Tersusun RPT Sri Rahmat ke Lumut

4. Jam 5.00 ptg (30/9/2011) : Tiba di Lumut dan bertolak dgn Feri ke P.Pangkor

Setiap peserta yang gagal menghadiri kursus ini akan didenda sebanyak RM 30.00 seorang oleh ANGKASA kerana Hotel dan makanan telah ditempah mengikut bilangan senarai peserta yang dihantar oleh pihak koperasi kita.

Sekian, harap maklum..
Terima Kasih.

PEMBELIAN HARTANAH DI MEDAN GOPENG SELESAI

KIMK Bhd On 4:52 PM

Salam buat semua anggota.

Alhamdulillah, segala urusan pembelian sebuah bangunan Kedai-Pejabat di Medan Gopeng telahpun diselesaikan oleh Koperasi kita semalam, 7/9/2011. Dengan selesainya urusan pembelian ini, pihak pengurusan KIMK Bhd. boleh memberikan tumpuan kepada aktiviti lainnya, khususnya dalam meneroka aktiviti ekonomi yang dapat memberi impak jangka panjang kepada koperasi kita. Segala urusan pembayaran telah diselesaikan dengan wakil Tetuan Tengku Azlina, Azlan Shah & Azhar yang diwakili oleh sdr. Haris Alimudin, sebagai peguam Koperasi.




Fokus utama koperasi sekarang ini adalah bagi menambahkan modal syer anggota bagi memulakan projek ekonomi yang baru. Ini kerana KIMK Bhd telah menggunakan hampir kesemua modal terkumpulnya dalam usaha memiliki hartanah ini. Dua strategi yang akan digunakan dalam usaha ini ialah dengan menambah keanggotaan baru dan para anggota yang lama pula menambah syer mereka kepada minima RM 1000.00 seorang.

Kos keseluruhan yang terlibat dalam usaha memiliki hartanah ini adalah hampir RM 400,000.00. KIMK Bhd. mengucapkan berbanyak terima-kasih kepada semua yang terlibat dalam merealisasikan usaha ini khususnya pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang meluluskan pinjaman sebanyak RM 315,000.00, dan mereka yang memberikan kepercayaan kepada KIMK Bhd dengan mencarum kedalam Tabung Deposit Khas – Hartanah Medan Gopeng (TDK – HMG) yang ditubuhkan bagi mencukupkan dana bagi membeli hartanah ini. Pegangan TDK – HMG dalam hartanah ini adalah sekitar 11% dari kos keseluruhan iaitu sebanyak RM 43,500. Adalah dijangkakan projek ini mampu memberi pulangan sekitar 6% setahun kepada pencarum mulai tahun hadapan. Kepada pencarum yang ingin mendapatkan semula modal mereka, bolehlah menghubungi pejabat KIMK Bhd. untuk perbincangan lanjut.

Semoga dengan kejayaan kita ini dapat memberi lebih keyakinan buat para anggota lebih proaktif dalam menjalankan tanggongjawab mereka sebagai seorang koperator. Adalah diharapkan semua anggota dapat mengambil bahagian dalam Kursus Asas Koperasi selama 3 hari 2 malam yang akan diadakan mulai 30/9/2011 ini di Pulau Pangkor. Daftarlah pasangan masing-masing sebagai anggota untuk membolehkan tuan/puan ‘berbulan madu’ disana sambil berkursus. Untuk maklumat lanjut, bolehlah menghubungi Setiausaha atau Puan Ina di pejabat KIMK Bhd.


Wassalam.

KURSUS ASAS KOPERASI PADA 30 SEPT. - 2 OKT DI PULAU PANGKOR

KIMK Bhd On 2:38 PM

Assalamua'laikum buat semua anggota KIMK Bhd.

Dimaklumkan bahawa KIMK Bhd dan SKIP bersama-sama dengan ANGKASA akan mengadakan kursus diatas. Kita dikehendaki menyediakan peserta minima 50 orang untuk kursus ini dimana kos penginapan dan makan-minum peserta ditanggong oleh ANGKASA. Sekiranya kita gagal menyediakan peserta minima ini, kita akan didenda kerana 'booking' hotel dan sebagainya telah dibuat oleh pihak ANGKASA.

Insyaallah, kursus ini dijalankan di DJ Holiday Resort, Pulau Pangkor pada 30 Okt. - 2 Sept. (Jumaat -Ahad). Adalah dicadangkan supaya semua anggota membawa pasangan masing-masing untuk kursus ini (kecuali Zainal), sekiranya pasangan mereka belum menjadi anggota, pendaftaran boleh dilakukan sekarang atau bila-bila masa dengan menghubungi : Pn. Ina ( tel. 05-3129942) atau SU (013-528 9503).

KIMK Bhd bersedia untuk menyewa bas untuk tujuan perjalanan kesana tetapi para anggota perlu memberi komitmen awal untuk perkara ini. Sekian, wassalam.

Perkembangan Terkini

KIMK Bhd On 4:06 PM

Salam tuan/puan para anggota


Setelah agak lama tenggelam dalam kesibukan yang entah apa-apa, saya terpanggil untuk memaklumkan pada para anggota perkembangan terkini koperasi kita sebagaimana di bawah :

1. Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 2 pada 13 March, 2011


Alhamdulillah ianya berjalan lancar sebagaimana yang dirancang. Sebagaimana biasa, mesyuarat ini diadakan di Dewan Kuliah ILHAM pada 13hb. March yang lalu. Mesyuarat kali ini sekali lagi dirasmikan oleh Cik Ratna sebagai mewakili pihak SKM.


2. Pembelian Rumah-Kedai di Medan Gopeng

lhamdulillah, proses pembelian ini berada diperingkat akhir iaitu dalam proses penukaran nama hakmilik. Proses ini dijangka akan mengambil masa sekitar sebulan. Sama-samalah kita berdoa agar segalanya berjalan lancar.


3. Keanggotaan dalam SKIP

KIMK turut meanggotai Sekretariat Koperasi Islam Perak (SKIP). Sebagai permulaan, SKIP insyaalllah akan menganjurkan satu karnival produk halal dan satu Program Rehlah Ukhwah ke Riau, Indonesia pada bulan December ini. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi pejabat KIMK Bhd untuk keterangan lanjut.

Sekian, Wassalam

LAPURAN TAHUNAN KIMK BHD.

KIMK Bhd On 11:47 AM

1.0 PENGENALAN:

Anggota-anggota Koperasi Ikatan Muslim Kinta Berhad yang dihormati.

Anggota Lembaga Koperasi (ALK) selaku badan yang diamanahkan untuk menguruskan Koperasi ini, dengan sukacitanya membentang Laporan Tahunan Koperasi Ikatan Muslim Kinta Berhad bagi tempoh setahun berakhir pada 30 September 2010.

2.0 MAKLUMAT KOPERASI

2.1 Nama : Koperasi Ikatan Muslim Kinta Berhad

2.2 Aktiviti Utama : Pertanian

2.3 Objektif Koperasi Ikatan Muslim Kinta Berhad

Koperasi mensasarkan untuk menjadi satu entiti sosio-ekonomi yang terbaik dan dikenali khususnya dikalangan masyarakat Islam di daerah Kinta.

Objektif ekonomi Koperasi adalah untuk menjana pulangan yang berpatutan dalam bentuk pengagihan pendapatan dan pertumbuhan modal kepada pemegang-pemegang syer Koperasi melalui pelaburan dalam kepelbagaian aktiviti ekonomi seperti bidang Pertanian dan hartanah, sehingga koperasi mampu menjadi pusat sumber ekonomi kepada para anggotanya.

Objektif sosial Koperasi pula adalah untuk memantap dan melebarkan aktiviti sosial/kebajikan dan pentarbiyahan Islam kepada para anggota khususnya dengan sumber kewangan yang dimiliki koperasi dan seterusnya kepada masyarakat sekeliling sehingga mampu melahirkan insan-insan muttaqin.

2.4 Polisi Pengagihan Pendapatan Koperasi

Bagi kewangan tahun ini, Koperasi memutuskan untuk tidak mengagihkan sebarang perolehan memandangkan koperasi masih mengalami kerugian.

2.5 Pegangan Syer

Pada 30 September 2010, seramai 98 individu telah menganggotai Koperasi. Pecahan pegangan syer adalah seperti berikut :

Pecahan Pegangan Syer Bilangan Pemegang Syer Bilangan Syer
Kurang 1 54 RM 5608.00
1 31 RM 15,500.00
1 ke atas 8 RM 6,950.00
JUMLAH 93 RM 28,058.00

Seramai 8 orang anggota baru telah mendaftar sebagai anggota sepanjang tempoh setahun yang lalu.


3.0 PRESTASI KOPERASI

3.1 Perumpukan Aset :

Pada tahun 2010, tambahan aset masih lagi lagi bagi peralatan pejabat (Perabut dan peralatan komputer) seperti dibawah :

Nilai (RM)
Aset Tetap 926.50
Aset Geran 4,000.00
Jumlah 4,926.50

3.2 Perbandingan Maklumat Kewangan Bagi Tempoh 2 tahun pertama :

2010 (RM) 2009 (RM)
Pendapatan 16,747.47 2,638.85
Perbelanjaan 20,778.96 6,032.35
Keuntungan/Kerugian -4,031.49 -3,393.50
Margin keuntungan/Rugi -24% -129%
Modal Syer Anggota 28,058.00 18,408.00
Kumpulan Wang Anggota 20,351.01 15,014.50

Secara umum, prestasi koperasi meningkat dimana peratus margin
kerugiaan yang dialami berjaya dikurangkan dari 129% kepada 24%, tetapi dari segi nilainya bertambah dari RM 3,393.50 kepada RM 4,031.49. Kerugian terkumpul sehingga kini berjumlah RM 7,424.99.

Pertambahan dalam pendapatan tidak dapat melonjak keuntungan kepada
Koperasi kerana perbelanjaan turut bertambah. Ia memberi indikator bahawa kos operasi agak tinggi berbanding sumber pendapatannya dan ia belum mampu untuk menanggung kos ini. Disamping itu, ia juga menunjukkan aktiviti ekonomi koperasi masih terperangkap dalam aktiviti yang mempunyai margin keuntungan yang rendah.


3.3 Purata Pulangan Tahunan

Tiada pulangan untuk anggota bagi tahun kedua berturut-turut kerana koperasi mengalami kerugian sebanyak RM 4, 031.49.

4.0 LAPORAN PENGURUSAN


  • 4.1 Rekod Kehadiran Mesyuarat Anggota Lembaga Koperasi bagi tahun 2010:

    Bil. Nama Kehadiran
    1. Ahmad Jaafar bin Yahaya 10/10
    2. Mohamad Azlan bin Jamaludin 9/10
    3. Haji Hamdan bin Mohd Tahir 9/10
    4. Haji Abd. Rahim bin Md. Arif 9/10
    5. Haji Abdul Haiyi bin Mohd Tahir 9/10
    6. Mustafa Kamal bin Sindin 9/10
    7. Zainal Arif bin Abdul Khalid 10/10
    8. Haji Sarginan bin Sakiman 8/10
    9. Haji Ir. Anuar bin Hamzah 3/10
    10. Puan Nor Zaleha binti Mohayudin @ Moha 5/10
    11. Ahmad bin Osman 5/10
    12. Haji Mat Razali bin Abdul Rahman (sehingga 17/03/2010) 1/10
    13. Haji Rosli bin Hasan (dilantik mulai 17/03/2010) 5/10


    4.2 PERBANDINGAN PRESTASI

    4.2.1 Aspek Ekonomi :

    4.2.1.1 Pendahuluan

    Koperasi gagal dalam mencapai apa yang disasarkan dalam unjuran belanjawan yang dibentangkan semasa Mesyuarat Agung Pertama tahun lalu atas faktor-faktor dibawah :

    i. Koperasi gagal mendapat tender penyediaan makanan di MRSM Pasir Salak.
    ii. Kewangan : sumber kewangan koperasi masih kecil dan tidak mampu membiaya pekerja sepenuh masa.
    iii. Sumber manusia : Koperasi masih lagi belum memiliki pekerja sepenuh masa untuk melaksanakan fokus dalam aktiviti ekonomi.

    Bagi tahun kedua ini, projek-projek ekonomi yang dilaksanakan oleh pihak Lembaga adalah masih dalam skop menumpukan kepada usaha menyediakan asas untuk Koperasi bergerak sebagai satu entiti ekonomi yang kukuh pada masa akan datang. Disamping itu, ia turut mengambikira kekuatan sumber manusia dan kewangan koperasi. Aktiviti projek-projek ekonomi yang dijalankan (bagi tempoh setahun yang lalu) adalah seperti berikut :

    1. Projek Qurban dan Aqiqah Di Myanmar
    2. Projek Pembekalan (Trading)
    3. Projek Katering
    4. Projek Tender Kerajaan
    5. Projek Pemilikan Hartanah dan Kebun/Ladang Kelapa sawit

    4.2.1.2 Polisi Pelaburan

    Koperasi masih mengekalkan polisi berhemat dan berjimat-cermat. Bagi tahun kewangan ini, pada awalnya pihak pengurusan memfokuskan kepada Projek Anjung Budi Café di Tambun khususnya, dan mencari peluang dalam Projek Pertanian/Kelapa sawit.

    Beberapa lawatan ke tapak kebun/ladang kelapa sawit juga tanah kosong untuk dibeli atau disewa telah dibuat, bagaimana pun semuanya berakhir dengan kegagalan kerana faktor-faktor dibawah :

    i. Harga yang terlalu mahal.
    ii. Tanah yang tiada geran.
    iii. Tahap kesuburan pokok kelapa sawit yang berisiko.
    iv. Tiada persetujuan diantara tuan punya tanah dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh koperasi.

    Projek Anjung Budi Café di Tambun pula berjalan sehingga ke peringkat akhir pelancaran. Bagaimana pun, pihak Lembaga mengambil keputusan untuk menangguhkan projek ini bagi mengambil peluang di bidang hartanah apabila terdapat peluang yang dirasakan lebih baik dimana ianya lebih mudah diuruskan, risiko yang rendah dan pulangannya lebih terjamin.

    Di akhir sessi ini, pihak Lembaga menumpukan usaha untuk membeli sebuah bangunan kedai-pejabat yang lokasinya bersebelahan dengan pejabat Koperasi. Projek ini, yang dikenali sebagai Projek Hartanah Medan Gopeng (Projek HMG) yang nilai keseluruhan projek dianggarkan sekitar RM 400,000.00, diberi tumpuan yang lebih kerana mengambilkira faktor-faktor yang dinyatakan diatas. Alhamdulillah, sebagi makluman, perkembanganya sehingga kini adalah seperti dibawah:

    i. Perjanjian Jual-beli (S&P) telah ditandatangani pada 23/11/2010.

    ii. Bayaran Deposit (10%) telah dijelaskan oleh Koperasi melalui sumber Tabung Deposit Khas (TDK-HMG).

    iii. Pinjaman dari TMP-SKM yang bernilai RM 315,000.00 telah diluluskan pada 19hb. Januari, 2011 yang lalu.

    iv. Proses Pindah-milik sedang diuruskan oleh Peguam yang dilantik oleh pihak koperasi.


    4.2.1.3 Strategi Pelaburan

    Strategi pelaburan yang diambil adalah atas dasar :

    Risiko rendah dan pulangan terjamin

    4.2.1.4 Ulasan Pasaran

    Projek Qurban dan Aqiqah Di Myanmar

    Projek ini telah dimulakan oleh kopeasi dan berjaya memberi keuntungan sebanyak RM 200.00 kepada koperasi.

    Pada tahun kewangan Projek Qurban dan Aqiqah/Nazar agak merosot sepanjang tempoh tahun lalu. Walaupun projek ini berpotensi, ia tidak mendapat sambutan khususnya dari anggota koperasi sendiri.

    Projek Pembekalan (Trading)

    Projek ini telah dikembangkan kepada membekal barangan pengguna dengan kerjasama syarikat Kohalal mulai Jun, 2010. Projek ini berjaya memberi keuntungan sebanyak RM 452.92 kepada koperasi.



    Projek Katering

    Projek ini telah dimulakan pada Jun, 2010 dengan usahasama Budimas Enterprise. Projek ini berjaya memberi keuntungan sebanyak RM1,000.00 kepada koperasi.

    Seperti projek Projek Qurban dan Aqiqah/Nazar, ia masih tidak mendapat sambutan khususnya dari anggota koperasi sendiri.

    Projek Tender Kerajaan

    Koperasi masih gagal mendapatkan sebarang pulangan dari projek ini. Sebagai sebuah koperasi, adalah dirasakan lebih mudah untuk kita mendapatkan projek-projek dari pihak kerajaan termasuklah konsesi balak. Bagi menguruskan urusan pembidaan tender-tender kerajaan dan projek pembalakan, secara idealnya koperasi memerlukan pengurus atau pekerja sepenuh masa. Keadaan ini pasti akan memerlukan koperasi menyediakan dana bulanan secara tetap bagi membiayai kos tersebut terutama sebelum projek ini memberi pulangan kepada koperasi.

    Oleh itu, adalah diharapkan terdapat para anggota yang dapat menyumbangkan tenaga dan kemahiran mereka kepada koperasi sehingga koperasi mampu membiaya kos operasi projek ini.

    Projek Pemilikan Hartanah dan Kebun/Ladang Kelapa sawit

    Projek ini khususnya bagi Projek Hartanah Medan Gopeng (HMG) dijangka akan mula memberi pulangan kepada koperasi mulai tahun hadapan (2011).

    Usaha pemilikan Kebun/Ladang Kelapa sawit juga dirasakan mampu diusahakan oleh koperasi dengan menggunakan kaedah yang sama seperti Projek Hartanah Medan Gopeng (HMG) sekiranya para anggota dapat memberikan kesungguhan komitmen dan tekad untuk koperasi menjayakannya.


    4.2.1.5 Prospek Ekonomi dan Pasaran

    Pihak Lembaga mengharapkan para anggota dapat memberikan sokongan kepada aktiviti ekonomi koperasi khususnya dalam projek Ketering dan Projek Qurban dan Aqiqah/Nazar. Anggota-anggota diharapkan dapat melakukan aktiviti kempen dalam mendapatkan penyertaan yang lebih ramai bagi projek ini.

    Sesuai dengan aktiviti utama yang didaftarkan,iaitu Kelapa sawit/Pertanian, koperasi masih perlu melalui jalan yang panjang untuk menjayakannya. Sumbangan tenaga dari para anggota adalah dialu-alukan bagi mempermudahkan usaha ini.

    4.2.1.6 Pengagihan Pendapatan

    Tiada agihan pendapatan dikeluarkan memandangkan koperasi masih lagi mengalami kerugian.

    4.2.1.7 Kedudukan Tabung Dalam Tempoh Kewangan

    Tabung Deposit Khas - Hartanah Medan Gopeng (TDK-HMG) ditubuhkan oleh koperasi bagi membiayai Projek Hartanah Medan Gopeng, selain dari tabung-tabung yang diwajibkan oleh pihak SKM bagi menjana modal menggerakkan aktiviti ekonomi koperasi. TDK-HMG ini bernilai sebanyak RM 80,000.00, masih dibuka untuk penyertaan para anggota sehingga akhir bulan March, 2011.

    Para pelaburnya akan berkongsi keuntungan dengan koperasi dari projek HMG yang diusahakan ini atas dasar-dasar yang ditetapkan oleh pihak koperasi.

    4.2.1.8 Analisa Situasi Kepentingan Anggota

    Pihak Lembaga berpendapat usaha semua pihak diperlukan dalam menambahkan keanggotaan dalam Koperasi ini. Koperasi memerlukan anggota yang ramai bagi memperkuatkan sumber kewangan koperasi, selain dari para anggota menambah caruman syer mereka sebagaimana usul yang diluluskan dalam mesyuarat tahun lalu.

    Para anggota diharap dapat mengambil sikap responsif terhadap usul-usul yang diluluskan, begitu juga dengan peluang-peluang pembangunan insan khususnya dalam latihan keusahawanan dan sebagainya.

    4.2.1.9 Elaun dan Honororium

    Tiada elaun dan honororium dikeluarkan memandangkan koperasi mengalami kerugian.


    4.2.2 Aspek Sosial/Kebajikan :

    4.2.2.1 Bina Insan

    Setakat ini, program Bina Insan hanya melibatkan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan Juru Audit Dalaman (JAD) sahaja, khususnya bagi menghadiri kursus wajib yang diwajibkan oleh SKM.

    Sehingga kini kesemua ALK dan JAD telah mempunyai sijil “Kursus Wajib” ini yang menjadi syarat bagi mereka yang ingin menduduki jawatan sebagai ALK dan JAD.

    Pihak Lembaga amat mengharapkan agar para anggota turut mengambil peluang ini, khususnya mereka yang berminat dan/atau terlibat dalam bidang keusahawanan.

    4.2.2.2 Kebajikan

    Sehingga kini, hanya Skim Takaful Tabaru’ sahaja dilancarkan oleh pihak Lembaga sebagai program kebajikan koperasi, dimana seramai 53 orang anggota telah didaftarkan pada 20/10/2010 yang lalu.

    Beberapa pindaan terhadap skim ini telah dilakukan oleh pihak Lembaga memandangkan usul yang dipersetujui dan diluluskan oleh Mesyuarat Agung tahun lalu tidak mendapat sambutan dari kalangan anggota. Antara pindaan yang dilakukan adalah seperti berikut :

    i. Yuran caruman dikurangkan dari RM 25.00 kepada RM 5.00 setahun.
    ii. Hanya mereka yang memiliki syer bernilai RM 100.00 dan ke atas sahaja di daftarkan.

    4.2.2.3 Tarbiyah

    Sehingga ke tarikh ini, tiada sebarang program tarbiyah dijalankan. Koperasi masih tidak mampu untuk menyediakan sumber kewangan untuk mengadakan aktiviti ini.

    Oleh itu,sumber tenaga sukarelawan di alu-alukan buat masa ini dari mereka yang sanggup memberikan tenaga secara percuma, khususnya dari para ustaz/ustazah.

    5 PENYATA AHLI LEMBAGA KOPERASI (ALK)

    Kami, sebagai ALK kepada Koperasi Ikatan Muslim Kinta Berhad, dengan ini menyatakan bahawa, pada pendapat Pihak Pengurusan, penyata kewangan bagi Koperasi Ikatan Muslim Kinta Berhad bagi tempoh setahun berakhir pada 30hb. September 2010, berserta dengan nota-nota yang dikepilkan padanya, telah disediakan dengan wajar bagi memberi gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan Koperasi Ikatan Muslim Kinta Berhad pada 30 September 2010, dan keputusan serta aliran tunai bagi tempoh setahun berakhir pada tarikh tersebut.

    Ditandatangani bagi pihak Ahli Lembaga Koperasi (ALK) selaku badan yang diamanahkan untuk menguruskan Koperasi ini, menurut resolusi Ahli Lembaga Koperasi bertarikh 23hb. Disember 2010.



    _____________________ _______________________
    Pengerusi Setiausaha
    Ahmad Jaafar bin Yahaya Mohamad Azlan bin Jamaluddin


    ______________________
    Bendahari
    Hamdan bin Mohd Tahir

    6 LAPORAN JURUAUDIT

    6.1 LAPORAN JURUAUDIT LUAR

    Juruaudit Luar yang dilantik oleh Mesyuarat Agung Pertama yang lalu adalah
    Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

    Secara ringkas, terdapat 2 penemuan yang dibangkitkan oleh Juru Audit Luar iaitu berhubung perkara Modal Syer Anggota :

    i. Terdapat anggota yang masih belum menjelaskan bayaran penuh syer minimum.
    ii. Perbezaan baki modal syer anggota di antara Akaun kawalan dan Lejer Modal Syer Anggota pada tarikh tutup akaun koperasi.

    Perincian laporan audit oleh SKM adalah seperti yang disertakan di dalam Lampiran A.


    6.2 LAPORAN JURUAUDIT DALAMAN

    Juruaudit Dalaman yang dilantik oleh Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi adalah :

    i. Puan Nor Kamariah binti Shamsudin
    ii. Puan Norliza binti Abdul Hamid
    iii. Puan Nor Syahirah binti Abdul Haiyi

    Perincian laporan audit oleh Juruaudit Dalaman adalah seperti yang disertakan di dalam Lampiran B.


    7 PENYATA KEWANGAN


    Penyata kewangan adalah berdasarkan rekod perakaunan oleh Bendahari yang telah diaudit dan disahkan oleh Juruaudit Dalaman dan Juruaudit Luar, iaitu SKM.

    Perincian laporan kewangan yang telah disahkan oleh SKM adalah seperti yang disertakan di dalam Lampiran C.


    8 BELANJAWAN 2011

    KOPERASI IKATAN MUSLIM KINTA BERHAD

    ANGGARAN BELANJAWAN TAHUNAN (OKTOBER 2010 - SEPTEMBER 2011)

    PENDAPATAN (RM)
    JUMLAH PENDAPATAN 63,200.00

    PERBELANJAAN
    JUMLAH PERBELANJAAN 60,235.00

  • LEBIHAN PENDAPATAN ATAS PERBELANJAAN 2,965.00


    9 USUL-USUL

    USUL 1 :

    Mesyuarat Agong mengusulkan pindaan kepada skim Takaful Tabbaru’ yang diluluskan oleh Mesyuarat Agong yang lalu untuk anggota-anggota Koperasi yang memiliki syer minima RM 100.00 dan keatas, dimana nilai carumannya dikurangkan dari RM 23.00 setahun kepada RM 5.00 setahun.

    USUL 2:
    Bagi memperkukuhkan kedudukan kewangan Koperasi Ikatan Muslim Kinta Berhad, Mesyuarat Agong mengusulkan cadangan supaya yuran tahunan Skim Takaful Tabaru’ ditanggong oleh para anggota dimana yuran ini akan dipotong dari syer atau lain-lain pendapatan anggota yang dipegang oleh KIMK Bhd jika mana-mana anggota Koperasi gagal menjelaskan yuran tahunan tersebut.

    USUL 3:
    Mesyuarat Agong mengusulkan supaya sebarang perkara, keperluan dan/atau pindaan kepada Skim Takaful Tabaru’ ini diserahkan sepenuhnya kepada budi-bicara dan pertimbangan Mesyuarat ALK untuk memutuskannya dan tidak perlu diputuskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi.


    10 LAMPIRAN- LAMPIRAN

    a) LAMPIRAN A (Muka surat i hingga vi)
    b) LAMPIRAN B (Muka surat i hingga iix)
    c) LAMPIRAN C (Muka surat i hingga viii)

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-DUA (2) KIMK BERHAD

KIMK Bhd On 6:10 AM

Tarikh : 15hb. Rabiul Awal, 1432H
18hb. Februari, 2011

Kepada :

SEMUA ANGGOTA



Tuan/Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-DUA (2) KIMK BERHAD

Merujuk kepada perkara diatas, dengan hormatnya saya bagi pihak Koperasi Ikatan Muslim Kinta Berhad dengan ini memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Pertama koperasi sebagaimana yang dikehendaki oleh Undang-undang Kecil Koperasi dalam “Bahagian V, Perkara 26 dan 28, fasal Mesyuarat agung tahunan dan Notis mesyuarat agung” akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 08hb. Rabiul Akhir, 1432H,
bersamaan 13hb. March, 2011

Hari : Ahad

Masa : 9:00 pagi

Tempat : Dewan Kuliah ILHAM
Institut Latihan Kepimpinan dan Perkaderan Dakwah Islamiyah
(Cawangan Negeri Perak)
No. 23A, Persiaran Sepakat 3
Taman Indah Jaya
31350 Ipoh, Perak

( Nota : Pendaftaran mesyuarat bermula jam 08 :00 – 09 :00 pagi )

2. Sebagaimana yang diperuntukan oleh Undang-undang Kecil Koperasi, semua anggota dikehendaki memiliki syer minima (yang boleh dibayar selewat-lewatnya sebelum Mesyuarat Agung bermula) sekurang-kurangnya RM 500.00 (kecuali bagi mereka yang mendaftar kurang dari setahun, syer minima adalah RM 250.00 sahaja) untuk melayakkan mereka mehadiri mesyuarat ini. Bagaimanapun bagi mereka yang belum lagi mencukupi digalakkan hadir sebagai pemerhati.

3. Semua anggota diminta menjelaskan yuran tahunan Takaful Tabaru’ sebanyak RM 5.00 setahun semasa pendaftaran nanti. Bagi mereka yang namanya telah didaftarkan tetapi belum menjelaskan yuran ini dikehendaki membayar sebanyak RM 10.00, manakala mereka yang telah menjelaskan yuran ini tetapi belum didaftarkan tidak lagi perlu menjelaskan yuran ini.

4. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan kali ke Dua adalah seperti berikut :

(a) Ucapan Aluan oleh Pengerusi Koperasi

(b) Ucapan Perasmian oleh Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia

(c) Agenda Mesyuarat Agung Tahunan kali ke Dua

1 Perlantikan Pengerusi Mesyuarat
2 Melantik Jawatankuasa menentusahkan draf minit mesyuarat agung ( 6 anggota
dan 4 ALK )
3 Menimbang dan meluluskan laporan-laporan 2009/2010 dibawah :
(I) Laporan Tahunan Lembaga
(ii) Laporan Tahunan Jawatankuasa Audit Dalaman
(iii) Akaun-akaun teraudit Koperasi bersama Laporan/
Pandangn Audit SKM keatas akaun Koperasi
4 Pemilihan 5 Anggota Lembaga Koperasi
5 Menimbang dan meluluskan Belanjawan tahunan bagi tahun kewangan 2010/2011
6 Meluluskan perlantikan Panel Juruaudit Luar
7 Menimbang dan meluluskan skop dan had pelaburan Koperasi
8 Menentukan had maksimum keterhutangan koperasi
9 Menimbang dan meluluskan pembahagian keuntungan Koperasi
10 Menimbang dan meluluskan usul-usul
11 Ucapan Penangguhan

5. Segala kerjasama dan sokongan pihak tuan/puan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih dan berdoa semoga semuanya berada dalam lindungan dan rahmat Allah swt.

Sekian, wassalam.

Yang menjalankan tugas,

(CETAKAN KOMPUTER, TANDATANGAN TIDAK DIPERLUKAN)
_____________________________________
MOHAMAD AZLAN BIN JAMALUDDIN
Setiausaha
Koperasi Ikatan Muslim Kinta Berhad

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KEDUA KIMK BERHAD

KIMK Bhd On 12:16 PM

Kepada Semua Para Aanggota

Assalamua'laikum

Tuan/Puan,

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KEDUA KIMK BERHAD DITUNDA PADA MARCH 2011

Merujuk kepada perkara diatas, saya bagi pihak ALK Koperasi Ikatan Muslim Kinta Berhad dengan ini memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan ke 2 Koperasi ditunda kepada bulan March atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

2. Tempat dan masa mesyuarat masih dikekalkan bagaimana pun tarikhnya akan dimaklumkan kemudian setelah dimuktamadkan.

3.Sebarang kesulitan kepada tuan2/puan2 berhubung perkara ini harap dimaafkan. Segala sokongan pihak tuan2/puan2 saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih dan doa semoga semuanya berada dalam lindungan rahmat Allah swt.Sekian, wassalam.

Yang menjalankan tugas,

(CETAKAN KOMPUTER, TANDATANGAN TIDAK DIPERLUKAN)
_____________________________________
MOHAMAD AZLAN BIN JAMALUDDIN
Setiausaha
Koperasi Ikatan Muslim Kinta Berhad

Mesyuarat Agong Tahunan kali ke 2

KIMK Bhd On 5:56 PM

Tarikh : 07hb. Rabiul Awal, 1432H
10hb. Feb., 2011M

Kepada :

Semua Para Aanggota

Assalamua'laikum

Tuan/Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KEDUA KIMK BERHAD

Merujuk kepada perkara diatas, dengan hormatnya saya bagi pihak Koperasi Ikatan Muslim Kinta Berhad dengan ini memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Pertama koperasi sebagaimana yang dikehendaki oleh Undang-undang Kecil Koperasi dalam “Bahagian V, Perkara 26 dan 28, fasal Mesyuarat agung tahunan dan Notis mesyuarat agung” akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 24hb. Rabiul Awal, 1432H, bersamaan
27hb. Februari, 2011

Hari : Ahad

Masa : 9:00 pagi

Tempat : Dewan Kuliah ILHAM
Institut Latihan Kepimpinan dan Perkaderan Dakwah Islamiyah
(Cawangan Negeri Perak)
No. 23A, Persiaran Sepakat 3
Taman Indah Jaya
31350 Ipoh, Perak

( Nota : Pendaftaran mesyuarat bermula jam 08 :00 – 09 :00 pagi )


3.Sebagaimana yang diputuskan oleh Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi yang lalu, semua anggota dikehendaki memiliki syer minima sekurang-kurangnya RM 500.00 (yang boleh dibayar selewat-lewatnya sebelum Mesyuarat Agung bermula) untuk melayakkan mereka mehadiri mesyuarat ini, kecuali bagi mereka yang kurang setahun menjadi anggota, syarat minima syer adalah sebanyak RM 250.00. Bagaimanapun bagi mereka yang belum lagi memiliki syer yang mencukupi digalakkan hadir sebagai pemerhati.

4.Agenda Mesyuarat Agung Pertama adalah seperti berikut :

(a)Ucapan Aluan oleh Pengerusi Koperasi

(b)Ucapan Perasmian oleh Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia

(c)Agenda Mesyuarat Agung Permulaan

1 Perlantikan Pengerusi Mesyuarat
2 Menimbang dan meluluskan laporan-laporan dibawah :
(I) Laporan Tahunan Lembaga
(ii) Laporan Tahunan Jawatankuasa Audit Dalaman
(iii) Akaun-akaun teraudit Koperasi bersama
Laporan/Pandangn Audit SKM keatas akaun Koperasi
3 Pemilihan Anggota Lembaga Koperasi
4 Melantik Jawatankuasa menentusahkan draf minit mesyuarat agung
( 6 anggota dan 4 ALK )
5 Menimbang dan meluluskan Belanjawan tahunan bagi tahun kewangan
2011/2012
6 Meluluskan perlantikan Panel Juruaudit Luar
7 Menimbang dan meluluskan skop dan had pelaburan Koperasi
8 Menentukan had maksimum keterhutangan koperasi
9 Menimbang dan meluluskan usul-usul
10 Ucapan Penangguhan

5.Segala kerjasama dan sokongan pihak tuan/puan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih dan doa semoga semuanya berada dalam lindungan rahmat Allah swt.Sekian, wassalam.

Yang menjalankan tugas,

(CETAKAN KOMPUTER, TANDATANGAN TIDAK DIPERLUKAN)
_____________________________________
MOHAMAD AZLAN BIN JAMALUDDIN
Setiausaha
Koperasi Ikatan Muslim Kinta Berhad

s.k : 1. Pengarah SKM Negeri Perak
2. Pengerusi, Koperasi Ikatan Muslim Kinta Berhad

ANGKASA tubuh koperasi perbankan Feb 2011

KIMK Bhd On 12:47 AM

ANGKASA tubuh koperasi perbankan Feb 2011
Dec 28, 10 4:45pm

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) akan melancarkan penubuhan sebuah Koperasi Perbankan Angkasa (KPA) pada Februari depan, bagi memberi kemudahan kepada 7,688 koperasi di bawahnya di seluruh negara.

Presiden Angkasa Prof Datuk Dr Mohd Ali Baharum berkata KPA itu akan mempunyai modal berbayar RM300 juta dan surat kelulusan penubuhan telah diterima daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada bulan ini.

"Sudah banyak koperasi yang sedia memberi komitmen untuk memberi modal. Angkasa dibenarkan melabur 8.0 peratus dari modal berbayarnya, iaitu RM24 juta manakala koperasi lain boleh melabur sekurang-kurangnya RM1,000 sehingga maksimum RM15 juta," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Kempen Keahlian KPA Zon Selatan, dari kalangan koperasi di Melaka hari ini.

Mohd Ali berkata Angkasa sudah mengumpul modal RM50 juta dan penuh yakin jumlah itu (RM300 juta) mudah dikumpulkan malah ia dijangka menerima lebih daripada jumlah itu.

Dengan penubuhan KPA itu kelak, banyak bidang perniagaan boleh dibiayai oleh koperasi di seluruh negara, yang mempunyai 7.9 juta ahli, sehingga November lepas.

Antara cadangan produk yang akan dilaksanakan ialah membiayai modal untuk koperasi kredit memberi pinjaman peribadi kepada anggota mereka.

Skim Pinjaman perumahan secara konsep Musyarakah Mutanaqisah dan membantu membiayai projek hartanah milik koperasi.

Beliau berkata ciri-ciri produk perbankan ini akan memberi situasi menang-menang antara koperasi dan KPA dan tidak bersaing dengan mana-mana bank koperasi yang telah beroperasi di negara ini.

Mohd Ali juga berkata dengan tertubuhnya KPA, semua masjid besar di seluruh negara, yang kebanyakannya mempunyai banyak sumber kewangan yang kukuh, boleh menubuhkan koperasi kariah masjid masing-masing dan memajukan aset dan tanah wakaf masjid.

Beliau berkata apabila masjid ingin membangunkan aset masjid seperti tanah wakaf dan memerlukan sumber kewangan maka KPA akan menyalurkan pinjaman tersebut kerana bank komersil amat keberatan untuk menyalurkan pinjaman kewangan kepada masjid kerana tidak mempunyai cagaran dan penjamin.

"Kita akan memberi pinjaman tetapi dengan syarat wang yang dikutip setiap minggu atau bulanan dibayar semula kepada KPA," katanya.

Dengan tertubuhnya koperasi masjid itu kelak, bermakna semua ahli kariah akan menjadi ahli kepada koperasi tersebut dan kempen penubuhan sedang giat dijalan sejak bulan lepas, yang bermula di Pahang.

"Kita berpandangan sektor koperasi masjid juga perlu diwujudkan untuk menangani masalah tersebut secara khusus dan masjid perlu mempunyai perancangan bersepadu seperti koperasi sekolah yang mempunyai program yang seragam," katanya.

Katanya alat untuk menggerakkan ekonomi masjid adalah Koperasi Kariah Masjid, yang perlu mendapat galakan dan kelulusan dari semua Majlis Agama Islam negeri masing-masing dan ia perlu ada perjanjian antara masjid dengan koperasi masjid.

Banyak program yang fokus boleh dijalankan antaranya menyediakan pusat hemodialisis bagi pesakit buah pinggang.

--Bernama

Kisah bank paling murah hati di dunia

KIMK Bhd On 12:37 AM

Kisah bank paling murah hati di dunia
Dec 29, 10 12:05pm

Siapa pernah mendengar adanya bank yang sanggup meminjamkan lebih AS$10 bilion kepada golongan miskin tanpa cagaran, malahan kadar bayaran balik pula mencapai 98 peratus? Bagi mereka yang masih belum mendengar kisah Bank Grameen, pertubuhan kredit mikro pertama di dunia, ia sesuatu yang luar biasa. Walaupun operasinya bercanggah dengan kesemua peraturan perbankan konvensional, Bank Grameen berjaya membebaskan ramai rakyat Bangladesh daripada kancah kemiskinan. Lebih mengagumkan lagi, ia sehinggakan memperbaharui pembangunan sosial dan ekonomi bukan sahaja dalam negara malah merentasi dunia.

Orang yang muncul di sebalik idea bank ini, yang juga pemenang hadiah Nobel, ialah Profesor Dr Muhammad Yunus, pengasas dan Pengarah Urusan Bank Grameen, yang mengasaskan bank itu pada 1970-an semasa rakyat negara itu mengalami kebuluran. Dan inspirasi itu muncul pada satu pagi tahun 1976, semasa beliau berjalan melalui sebuah kampung untuk ke universiti di mana beliau adalah profesor ekonomi.
"Saya didatangi seorang wanita miskin yang memberitahu bahawa beliau hanya mampu meraih keuntungan dua sen (AS) sahaja dalam sehari bagi sebuah kerusi buluh yang dihasilkannya, kerana beliau berhutang dengan peminjam wang. Peminjam wang itu memaksa beliau menjual barangannya pada harga yang begitu rendah sehingga beliau hanya mampu menikmati keuntungan dua sen (AS) sahaja setiap hari".
Muhammad berkata, pada masa itu, beliau hanya perlu membayar peminjam wang berkenaan AS$1 untuk melangsaikan hutang dan membebaskan wanita itu daripada kitaran kemiskinan. Dan beliau lakukannya. Kegembiraan dan kelegaan yang dirasai oleh wanita miskin itu memberi inspirasi kepada Muhammad untuk mencari lagi mereka yang lain, yang masih berhutang dengan peminjam wang berkenaan.

Beliau menemui 42 orang lagi dan hanya perlu membayar AS$27 sahaja untuk melangsaikan hutang di samping dijadikan modal untuk membeli bahan mentah.Dengan jumlah wang itu, akhirnya mereka berjaya membebaskan diri daripada cengkaman hutang dan pada masa yang sama dapat menjual hasil produk kepada pembida yang menawarkan harga tertinggi. Ini telah membawa penambahbaikan ke atas status ekonomi mereka.Dalam berbuat demikian, beliau telah membantu wanita pertama itu mengecapi keuntungan AS$1.25 sehari, di sebalik hanya dua sen (AS) sebelum ini.

Di sinilah bermulanya laluan Muhammad untuk menubuhkan Bank Grameen yang menamatkan kitaran "pendapatan rendah, simpanan rendah dan pelaburan rendah". Muhammad berkongsi sejarah penuh inspirasi bank ini semasa satu majlis makan tengah hari di Malaysia baru-baru ini, sementara menyampaikan ucaptama bertema "Perniagaan Sosial dan Pengurangan Kemiskinan".

Majlis makan tengah hari khas ini dianjurkan oleh Khazanah Malaysia dan Akademi Pengarah Malaysia (Minda). Grameen bermakna "luar bandar" atau "kampung" dalam bahasa Bangla. Slogannya adalah "Bank bagi Miskin". Ia menawarkan kredit mikro kepada penduduk miskin luar bandar di Bangladesh, supaya mereka boleh memulakan atau membiayai perniagaan dan meningkatkan pendapatan. Muhammad berkata bank ini memberi pinjaman dalam jumlah kecil AS$200 setiap orang kepada 8.3 juta peminjam di seluruh Bangladesh dan pinjaman itu dibayar dalam bentuk ansuran bulanan. Apa yang mengagumkan, walaupun bank ini meminjam kepada mereka yang hidup di bawah garis kemiskinan, ia berjaya mendapatkan semula sehingga 98 peratus daripada pinjamannya.

Profesor ekonomi ini berkata prinsip asas bank ini sejak ditubuhkan ialah bank harus sampai kepada rakyat dan bukan sebaliknya.
"Kita menemui kesemua 8.3 juta peminjam ini di pintu mereka. Mereka tidak perlu ke mana-mana. Kami bertemu dengan mereka setiap minggu dan menjalankan urusan perbankan di kediaman mereka. "
Ia satu tugas yang besar. Tetapi ia satu-satunya cara kita boleh menggalakkan mereka menjalankan urusan perbankan dengan kami, memandangkan lebih 97 peratus daripada peminjam kami adalah wanita. Jika anda meminta mereka datang ke pejabat kami, itu tidak akan berlaku. Lelaki akan ambilalih tugas itu memandangkan merekalah yang selalu keluar. Wanita lazimnya tinggal di rumah menguruskan keluarga", jelas beliau.

Timbul pula persoalan yang tidak dapat dielakkan: mengapa Bank Grameen lebih suka memberi pinjaman kepada wanita? Jawapannya terdapat di laman web bank itu seperti yang tertera di bawah:
"Wanita di Bangladesh diabaikan oleh masyarakat. Melalui peluang untuk bekerja sendiri serta akses kepada wang, Grameen Bank membantu memperkasa wanita. Selain daripada itu, kajian menunjukkan bahawa output keseluruhan pembangunan adalah lebih ketara apabila pinjaman diberikan kepada wanita dan bukannya lelaki, memandangkan wanita lebih kemungkinan untuk menggunakan hasil yang mereka peroleh untuk menambahbaik keadaan hidup mereka dan mendidik anak-anak mereka".

Hari ini Grameen Bank dimiliki oleh golongan miskin luar bandar yang bergantung kepada perkhidmatannya. Peminjam-peminjam bank itu memiliki 90 peratus daripada sahamnya, sementara baki 10 peratus dimiliki kerajaan. Semasa menyaksikan kejayaan Bank Grameen dalam meningkatkan taraf hidup peminjam-peminjamnya, satu lagi persoalan timbul di minda Muhammad: apa pula masa depan keluarga-keluarga ini? Ia bukan satu soalan yang ganjil, memandangkan kebanyakan ibu bapa buta huruf. Ini boleh dikatakan menjamin kesinambungan kitaran tradisional kemiskinan, masalah kesihatan dan sosial yang mengiringinya.
"Kami memutuskan bahawa kami mesti memberi jaminan kepada kanak-kanak daripada keluarga ini supaya meneruskan persekolahan untuk melepaskan diri daripada kitaran kemiskinan dan beralih ke peringkat baru kehidupan", katanya.
Jadi rancangan itu dimulakan. Kemudian sesuatu yang begitu hebat dan menarik berlaku. Kanak-kanak ini bukan sahaja ke sekolah malah mencapai kecemerlangan dalam pendidikan mereka.Mereka menyambung pendidikan ke sekolah menengah dan seterusnya ke kolej. "Terdapat beribu-ribu orang seperti mereka, yang mencapai kecemerlangan di sekolah-sekolah. Kami langsung tidak menjangka ini kerana untuk mereka ke sekolah rendah sahaja satu pencapaian terbaik yang boleh kita harapkan bagi kanak-kanak luar bandar ini. Tetapi realitinya lebih baik daripada apa yang kami jangka", kata beliau.

Tetapi kemudian satu lagi masalah timbul. Sementara ibu bapa gembira yang anak mereka berjaya dari segi akademik, kos pendidikan pula tinggi jauh melampaui kemampuan mereka. "Jadi kami mempunyai ramai kanak-kanak yang cemerlang daripada segi akademik tetapi tidak mampu meneruskan dengan pendidikan mereka. Kami berdebat dengan Bank Grameen mengenai cara terbaik untuk memastikan mereka meneruskan pengajian dan kami muncul dengan penyelesaian ini - untuk memperkenalkan pinjaman pendidikan. Kini, tiada siapa yang ketinggalan".
Susulan itu, kini terdapat lebih 50,000 pelajar yang menerima manfaat daripada pinjaman pendidikan Grameen di sekolah-sekolah perubatan dan kejuruteraan merentasi seluruh Bangladesh. Muhammad percaya kanak-kanak dari keluarga yang kaya tidak lain daripada yang miskin. Bagaimanapun, daripada segi peluang, terdapat perbezaan yang besar."
Dan inilah yang membawa perbezaan besar dalam kehidupan mereka.

"Jika kanak-kanak miskin ke sekolah-sekolah terbaik di dunia dan bersaing menggunakan bakat terbaik yang ada pada mereka, mereka pasti berupaya dan berbakat seperti mana orang lain".
Penuntut Grameen di MalaysiaMuhammad jelas dilihat bercakap mesra mengenai Malaysia dan hubungan beliau bersama Ketua Pegawai Eksekutif Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar. Muhammad telah banyak kali melawat Malaysia, walaupun sebelum idea Grameen bermula di luar Bangladesh.
"Malaysia bagaikan kediaman kedua saya. Sebenarnya, kali pertama idea Grameen diperkenalkan di luar Bangladesh ia adalah di Malaysia, dengan yang pertama di Pulau Pinang", jelas beliau.

Pada 1994, Muhammad menerima anugerah Tun Abdul Razak sebagai menghargai sumbangan beliau kepada dunia. Sejak Bank Grameen diperkenalkan pada 1976, beliau mengasaskan 25 syarikat yang kesemuanya bertujuan menambahbaik taraf hidup golongan miskin. Selepas mendengar sentimen Muhammad terhadap pendidikan, Azman dengan segera muncul dengan idea menyediakan biasiswa bagi pelajar Grameen untuk belajar di Malaysia. Hari ini, Yayasan Khazanah menaja 10 penuntut yang adalah anak-anak kakitangan Bank Grameen di universiti-universiti terpilih di Malaysia melalui Biasiswa Khazanah Asia. Yayasan ini juga setiap tahun memilih lima pelajar daripada keluarga miskin yang menggunakan khidmat Bank Grameen untuk menerima biasiswanya. Hari ini, bank ini merupakan sumber inspirasi dan model bagi banyak institusi dalam bidang kredit mikro. Tetapi di Bangladesh, ia lebih daripada itu. Ia mengenai masa depan peminjam generasi kedua, kata Muhammad.
"Ke mana mereka boleh pergi, apa yang mereka boleh buat. Mereka tidak lagi perlu balik ke kitaran kemiskinan. Mereka boleh mengharapkan masa depan lebih baik".
--Bernama
(Petikan dari Malaysiakini.com)