SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL SAW

KIMK Bhd On 3:06 PM


Salam buat semua anggota KIMK Bhd.

KIMK Bhd mengucapkan selamat menyambut maulidur rasul saw buat semua semoga kita semua dapat mengambil manfaat dari perayaan ini.

Perayaan ini tidak memberi sebarang makna sekiranya ianya disambut sekadar dengan 'berarak' kehulu dan ke hilir tanpa di isi dengan roh islam itu sendiri. Sesungguhnya apa yang menimpa bapa saudara Rasulullah saw, Abu Tholib, diharap dapat menginsafi kita bahawa cinta dan sayang kita kepada Rasulullah saw tidak dapat memberi sebarang makna jika tidak diikat dengan 'tali Allah' kerana 'Allah'lah tujuan kita berada di dunia ini.

Dalam konteks kita sebagai koperator, marilah kita sama-sama menginsafi bahawa setelah mendirikan Masjid an-Nabawi, perkara seterusnya yang dilakukan oleh Rasulullah saw adalah membina Pasar Madinah untuk masyarakatnya menggerakkan aktiviti ekonomi ummah. Kejayaan Pasar Madinah ini dapat memerdekakan masyarakatnya dari belenggu kongkongan monopoli ekonomi Yahudi. Kajayaan ini ini tentunya sukar untuk dikecapi tanpa adanya tokoh-tokoh yang sanggup mengorbankan kesenangan diri mereka untuk islam seperti sahabat-sahabat rasulullah as, seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Osman, Saidina Abdul Rahman al-Auf, dan lain-lainnya yang tidak dapat disebutkan semuanya.

Semoga niat kita untuk menjadikan koperasi ini sebagai medan 'jihad ekonomi' ummah dimakbulkan Allah swt dan dapat melahirkan tokoh-tokoh seperti yang dinyatakan di atas. Sesungguhnya usaha ini bukanlah kerja individu dan mudah, sebaliknya bakal melalui pelbagai mehnah dan ujian. Ianya memerlukan kesepaduan anggota jamaah yang sanggup memberikan sokongan dalam segala hal sebagaimana yang ditunjukkan oleh sahabat-sahabat as. Kisah Saidina Abu Bakar as yang berjaya menghapuskan penguasaan Yahudi terhadap sumber air Madinah dengan menggunapakai strategi-strategi yang telah diaturkan oleh Rasulullah saw sentiasa menjadi panduan kita untuk mengangkat pencapaian ekonomi jamaah. Wallahu a'lam.
Wassalam.