MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KIMK BHD KALI PERTAMA

KIMK Bhd On 1:55 AM

Tarikh : 14hb. Safar, 1431H
30hb. Jan., 2010


Kepada :

Semua Ahli
Koperasi Ikatan Muslim Kinta Berhad


Tuan/Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG PERTAMA KIMK BERHAD

1. Saya bagi pihak Koperasi Ikatan Muslim Kinta Berhad dengan ini memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Pertama koperasi sebagaimana yang dikehendaki oleh Undang-undang Kecil Koperasi dalam “Bahagian V, Perkara 26 dan 28, fasal Mesyuarat agung tahunan dan Notis mesyuarat agung”, akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 20hb. Rabiul awal, 1431H, bersamaan
07hb. March, 2010
Hari : Ahad
Masa : 9:00 pagi
Tempat : Dewan Kuliah ILHAM
Institut Latihan Kepimpinan dan Perkaderan Dakwah Islamiyah
(Cawangan Negeri Perak)
No. 23A, Persiaran Sepakat 3
Taman Indah Jaya
31350 Ipoh, Perak


2. Agenda Mesyuarat Agung Pertama adalah seperti berikut :

(a) Ucapan Aluan dan taklimat oleh Pengerusi Koperasi
(b) Ucapan Perasmian oleh Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia
(c) Agenda Mesyuarat Agung Permulaan
1 Perlantikan Pengerusi Mesyuarat
2 Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Permulaan
3 Perkara berbangkit
4 Menimbangkan laporan-laporan dibawah :
(i) Laporan Tahunan ALK
(ii) Laporan Tahunan JAD
(iii) Laporan/Pandangn SKM keatas akaun Koperasi
5 Menimbang dan meluluskan penyata Kewangan Koperasi
6 Menimbang dan meluluskan usul-usul
7 Menentukan had maksimum keterhutangan koperasi
8 Meluluskan perlantikan Panel Juruaudit Luar
9 Pemilihan Anggota Lembaga Koperasi yang baru
10 Ucapan Penangguhan

3.Semua anggota diminta menjelaskan syer koperasi sekurang-kurangnya minima RM 250.00 untuk melayakkan mereka hadir sebagai perwakilan. Bagaimanapun bagi mereka yang tidak berkemampuan digalakkan hadir sebagai pemerhati.

4.Segala kerjasama dan sokongan pihak tuan/puan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih dan doa semoga semua usaha kita ini mendapat keredhaan Allah swt dan berada dalam lindungan rahmatNya.

Sekian, dimaklumkan.Wassalam.


MOHAMAD AZLAN BIN JAMALUDDIN
Setiausaha
Koperasi Ikatan Muslim Kinta Berhad