MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI IKATAN MUSLIM KINTA BHD (1)

KIMK Bhd On 12:58 AM


Salam buat semua anggota.

Alhamdulillah, Koperasi kita telah selesai mengadakan mesyuarat agungnya yang pertama pada 7/3/2010 di Dewan Kuliah ILHAM Negeri Perak di Taman Rapat Indah, Ipoh. Dengan kehadiran seramai 18 orang dari 36 anggota yang layak menghadiri mesyuarat agung kali ini, kita mencatatkan 50% kehadiran dimana peraturan menetapkan kuorum minima sebanyak 1/3.

Mesyuarat kali ini telah memilih 5 orang Ahli Lembaga Koperasi (ALK) baru dan mengekalkan seorang ALK tahun lalu, iaitu Tuan Hj. Mat Razali ibn Abdul Rahman. Mesyuarat ALK yang diadakan sejurus mesyuarat agung turut mengekalkan barisan EXCO yang lalu. Diharap mereka dapat membuat perubahan dalam menguruskan koperasi kita.


Apa yang menarik, walaupun kita mengalami kerugian dan tiada dividen dikeluarkan pada tahun pertama ini, para anggota koperasi kelihatan berpuashati dengan prestasi semasa koperasi dan terus memberi sokongan bagi menjayakan misi ekonomi jamaah. Bahkan had keterhutangan maksima koperasi, para anggota telah meluluskan dan meningkatkan hadnya dari RM 5 juta yang dicadangkan oleh ALK kepada RM 10 juta. Semoga keyakinan para anggota dapat memotivasikan barisan pimpinannya untuk mengubah prestasi koperasi kita pada sessi kali ini dengan membuat keuntungan.

Mesyuarat kali ini juga telah meluluskan 2 usul iaitu penyertaan anggota dalam Takaful Tabbaru’ (perlindungan maksima sebanyak RM 14 200) dan cadangan penambahan syer anggota dengan caruman minima RM 100 setahun sehingga mencukupi 4 unit syer seorang.

Semoga para anggota koperasi kita akan lebih aktif dan pejabat Koperasi tidak lagi kesunyian, demikianlah harapnya.Wassalam.