FADHILAT MUAMALAT

KIMK Bhd On 10:43 PM

Fadhilat


1. Memperolehi harta kekayaan dengan cara yang diredhai oleh Allah s.w.t.
2. Seseorang itu dapat menggunakan sebahagian daripada hartanya pada jalan kebajikan.
3. Seseorang yang menggunakan hartanya untuk faedah orang lain akan beroleh pahala daripada Allah s.w.t.
4. Orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah akan mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.


Firman Allah s.w.t:


Maksudnya :Berimanlah kamu kepada Allah dan rasulnya dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian daripada harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil,maka orang yang beriman antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian daripada harta itu pada jalan Allah) maka tetap beroleh pahala yang besa .
(Surah Al-Hadid Ayat 7)


1. Peraturan-peraturan dalam bermuamalat mengikut Islam secara tidak langsung melahirkan manusia yang berakhlak mulia.


2. Mewujudkan masyarakat yang adil,bertanggungjawab,amanah,jujur dan terhindar daripada melakukan perbuatan yang tidak baik.


3. Antara kesan-kesan yang timbul sekiranya muamalat yang dijalankan tidak mengikut syariat Islam termasuklah:
i. Membawa kepada pergaduhan dan permusuhan
ii. Melahirkan sebuah masyarakat yang tidak aman.
iii. Melahirkan individu yang bersikap mementingkan diri sendiri.
iv. Mendapat harta dengan cara yang tidak halal.
v. Menggunakan harta pada perkara-perkara yang tidak diredhai oleh Allah dan membazir.
vi. Melahirkan manusia yang bersifat tamak, kedekut, haloba dan sanggup menindas orang lain demi kepentingan diri sendiri.


Contoh perkara-perkara berhubung muamalat


1. Murabahah (Jualan Penambahan Untung)
Iaitu menyebutkan harga modal barang-barang yang dibeli kepada orang yang akan membeli dengan memberi syarat supaya barang itu diberi untung.


Contoh 1:
Umpamanya seseorang berkata : "Barangku ini aku beli berharga RM100, sekarang berilah aku keuntungan 10%" lalu diterima oleh orang yang akan membeli.
-Maka penjual di atas mendapat untung RM10 dari modal belian beharga RM100.


Contoh 2:
Umpamanya seseorang berkata :"Saya jual rumah ini dengan harga yang saya beli dengan tambahan untung 10%".


Contoh 3:
Umpamanya seseorang berkata :"Saya jual kepada anda sebagaimana saya beli serta untung satu dirham pada tiap-tiap sepuluh dirham" jawab pembeli itu,saya terima.
-Maka sahlah jualan itu.


Contoh 4:
Umpamanya seseorang berkata :"Aku hendak menjual barang-barangku yang telah kubeli, bila engkau mahu membeli barangku itu semua maka tiap-tiap 10 buah, engkau aku beri sebuah. Jadi yang dibeli adalah 9, sedangkan yang satu lagi adalah hadiah."


2. Wadi'ah (Simpanan)
Ertinya barang yang diserahkan (diamanatkan) kepada seseorang supaya barang itu dijaga dengna baik. Jadi barang Wadiah itu beerti barang amanat yang harus dikembalikan kepada orang yang empunya,bila ia datang meminta.


Firman Allah s.w.t:
Maksudnya : "Maka hendaklah orang yang diamanahkan itu menyempurnakan apa yang diamanahkan kepadanya,dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah"
(Surah Al-Baqarah ayat 283)


Firman Allah s.w.t:
Maksudnya: "Sesungguhnya Allah menyuruhmu,supaya amanat itu diserahkan kepada orang yang berhak menerimanya (yang empunya)".
(Surah An-nisa' ayat 58)