MESYUARAT AGONG ke 2 KIMK BHD

KIMK Bhd On 5:46 PM

PERINGATAN MENJELASKAN BAYARAN SYER MINIMA RM 500.00

Salam buat semua anggota dan pembaca.

Pihak Koperasi mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan/puan yang telah mendaftar sebagai anggota koperasi ini. Kami amat menghargai kepercayaan dan sokongan yang tuan/puan diberikan..

Mengikut rekod koperasi, masih ramai dari anggota koperasi ini yang belum membuat menjelaskan bayaran syer minima bagi melengkapkan diri sebagai anggota koperasi yang aktif. Ini mungkin disebabkan kesibukan atau hal-hal lain yang menjadikan tuan/puan terlupa berbuat demikian.

Suka diingatkan kepada mereka yang berkenaan, merujuk UUK Perkara 54 (1) dan (2) juga Perkara 21(2d), tuan/puan dikehendaki menjelaskan bayaran syer minima RM 500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) dalam tempoh dua belas bulan bagi melayakkan tuan/puan menikmati faedah dan hak sebagai anggota koperasi ini.

Sukacita dimaklumkan, insyaallah koperasi kita akan mengadakan mesyuarat Agung Tahunan kali ke 2 pada 27hb. Februari, 2011 dan tuan/puan dikehendaki menjelaskan syer minima ini untuk melayakkan tuan/puan menghadiri mesyuarat agong ini.

Kami berharap, mereka yang berkenaan akan membuat caruman dan memberi komitmen yang berterusan kepada koperasi ini supaya usaha ini akan membawa rahmat, berkat dan kekuatan kepada kehidupan jama’ah dan kejayaan kepada ekonomi umat Islam seluruhnya.

Cara bayaran syer minima ini boleh dibuat melalui (bayaran dibuat atas nama Koperasi Ikatan Muslim Kinta Berhad) :

i. Kiriman Wang/ Wang POS
ii. Cek Bank
iii. Tunai (Kaunter Pejabat KIMK)
iv. Bank-in (No. Akaun Bank Muamalat : 0804 0002 6497 16 )
(Bayaran melalui bank-in perlulah dimaklumkan dengan menghantar salinan slip bayaran samada melalui surat atau fax ke nombor 05-3129 942).

Sebagai Koperasi baru yang ditubuhkan untuk membuka medan jihad ekonomi dikalangan anggota jama’ah, pihak kami seboleh mungkin cuba untuk mengekalkan semua yang berdaftar sebagai anggota koperasi. Semoga dengan segala kepercayaan, sokongan dan kerjasama pihak tuan/puan dapat memberi kekuatan kepada Koperasi Ikatan Muslim Kinta Berhad untuk terus maju bagi mencapai matlamatnya. Kami ucapkan jutaan terima kasih atas perkara ini dan didoakan agar segala usaha kita mendapat keredhaan dan rahmat Allah swt dalam memperteguhkan ikatan hati-hati anggota jamaah semua. Sekian, dimaklumkan.

Terima kasih.
Wassalam.