PEMBELIAN BANGUNAN KEDAI DI MEDAN GOPENG OLEH KIMK BHD

KIMK Bhd On 4:33 PM

Salam buat semua anggota dan pembaca.

Terlebih dahulu maaf buat semua pembaca yang mengikuti blog ini kerana agak lama ianya tidak di’update’kan atas sebab-sebab yang tidak dapat diel
akkan.


Untuk makluman semua, Koperasi kita telah pun menandatangani perjanjian jual-beli bagi membeli asset di atas pada 23hb. November 2010 yang lalu, bernilai RM380,000.00. Kos keseluruhan bagi tujuan ini dianggarkan sekitar RM 400,000.00.





Photo bangunan kedai yang dibeli

Sehubungan itu, kerjasama semua anggota koperasi amat diperlukan untuk merealisasikan tujuan ini bagi kepentingan jemaah. Pengurusan koperasi lebih melihat projek ini sebagai satu pelaburan yang bertujuan untuk memperkuatkan dan meyakinkan para anggota dan bakal anggota jamaah dalam usaha kita melebarkan ruang lingkup jihad khususnya dalam bidang ekonomi.

Pengurusan Koperasi dalam mesyuarat khas ALK telah memutuskan ditubuhkan satu “Tabung Deposit Khas - Hartanah Medan Gopeng (TDK-HMG)” dimana 30% dari projek ini diagihkan kepada tabung ini. Tabung bernilai RM 120,000.00 dibuka untuk para anggota melabur, sebagai usaha mengutip modal awal untuk bayaran deposit, yuran perjanjian, cukai dan sebagainya. Para anggota boleh melabur di dalam tabung ini dengan nilai caruman dalam gandaan RM500.00 dimana pelaburan minima sebanyak RM500.00 sahaja dengan syarat mereka telah menjelas caruman syer minima RM 500.00 sebagai anggota koperasi.

Mereka yang melabur di dalam tabung ini dijangkakan akan mendapat purata pulangan lebih dari 6% setahun. Kadar ini adalah lebi baik dari sesetengah pelaburan atau simpanan di bank atau institusi Amanah Pelaburan. Pulangan dijangka diperolehi mulai dari tahun pertama pelaburan lagi.

Mereka yang masih belum menganggotai koperasi boleh mengisi borang anggota dan menjelaskan bayaran minima syer (RM500.00) dan seterusnya melabur dalam projek ini. Mana-mana Anggota yang berminat boleh mendapat dan mengisi borang TDK-HMG serta menyerahkan pelaburan mereka kepada mana-mana ALK atau Pejabat KIMK Bhd. Sila dapatkan resit rasmi sebagai bukti pembayaran. Tarikh akhir permohonan adalah pada 28/2/2011.

Caruman juga boleh dibuat melalui (bayaran dibuat atas nama Koperasi Ikatan Muslim Kinta Berhad) :

i. Kiriman Wang/ Wang POS
ii. Cek Bank
iii. Tunai (Kaunter Pejabat KIMK)
iv. Bank-in (No. Akaun Bank Muamalat : 0804 0002 6497 16 )
(Bayaran melalui bank-in perlulah dimaklumkan dengan menghantar salinan slip bayaran samada melalui surat atau fax ke nombor 05-3129 942).

Sekian, Terima kasih.