EXCO PELABURAN

KIMK Bhd On 8:24 PM

Lawatan Tapak ke kebun Kelapa Sawit 45 ekar di Parit.

Salam buat semua anggota.

Pagi ini, jam 8.30 pagi kami seramai 4 orang ALK telah bertolak ke Choping, Parit untuk melakukan lawatan tapak ke sebuah kebun kelapa sawit di sana. Lawatan tapak ini merupakan lawatan kedua kami ke sebuah kebun kelapa sawit, kali pertama di Ulu Kuang, Sg. Siput.


Kali ini kelihatannya bukit yang perlu didaki lebih tinggi. Alhamdulillah sebuah Hilux disediakan oleh tuan tanah. Tanah seluas 45 ekar kelihatan agak sukar untuk dijejaki kesetiap penjuru. Jadi kami hanya menyusuri jalan yang sedia ada dengan Hilux tersebut. Adakala malu juga apabila pemandunya mengatakan ketinggian yang sebegini biasa sahaja.Nampak sangat terlalu asing dengan dunia hutan dan yang seumpamanya.


Perbincangan lanjut akan diteruskan dengan tuan punya tanah.Insyaallah, jika perbincangan berjalan lancar, Koperasi akan memulakan gerak kerja terasnya iaitu di bidang Kelapa Sawit. Sama-samalah kita berdoa semoga usaha kita ini di izinkan Allah swt dan mampu mengangkat martabat ekonomi jamaah.

Wassalam.