EXCO PELABURAN : LAWATAN KE JERAM

KIMK Bhd On 11:06 AM

LAWATAN KERJA KE TANAH ANGGOTA DI JERAM

Salam buat semua anggota dan pembaca.

Pada 15/6/2010 yang lalu, seramai 3 orang ALK telah ke Jeram bagi melawat tanah seluas kira-kira 32 ekar yang dimiliki oleh seorang anggota KIMK Bhd, Sdr. Ameer. Kami bertolak kesana sekitar pukul 10.30 pagi bersama-sama dengan Sdr. Ameer sendiri.

Tanah disekitarnya kelihatan dikhususkan untuk pertaniaan. Ianya diusahakan dengan pelbagai projek pertaniaan seperti tanaman sayur-sayuran, kebun getah, ternakan dan juga kelapa sawit. Tiada sebarang penempatan penduduk yang dapat dilihat disini. Bersebelahannya terdapat tapak yang diusahakan oleh Jabatan Haiwan untuk projek penternakan yang kelihatan terbengkalai. Mungkin keadaan topografi tanah yang landai sesuai untuk dijadikan padang ragut. Dihadapannya pula kelihatan tanaman kelapa sawit diusahakan oleh penoroka-peneroka disitu.

Secara umumnya kami berpuashati dengan keadaan tanah ini. Insyaallah, ALK Hj. Abdul Haiyi akan meneruskan rundingan bagi pihak koperasi berhubung penggunaan tanah ini. Beberapa pilihan akan diberikan kepada tuanpunya tanah untuk membolehkan koperasi membangunkan tanah ini.

Tanah yang pamah dan landai itu begitu mententeramkan jiwa, itulah kebesaran Allah swt yang Maha Pencipta. Hasil ciptaan “tanganNya” sahaja sudah mampu memberikan ketenangan jiwa kepada hamba-hambaNya. Jika ciptaanNya pun mampu menenangkan jiwa, apatah lagi jika hati-hati kita berhubung secara terus dengan Allah Rabbul Alamin. Semoga Allah swt membukakan hijab yang menghalang hati-hati kita untuk terus sentiasa dekat denganNya. Allahu akhbar!

Dikesempatan ini, suka diingatkan kepada semua anggota-anggota supaya segera menunaikan tanggungjawab bagi melunaskan bayaran syer minima masing-masing. Sebagaimana yang diperkatakan oleh bijakpandai masakini : “Wang bukanlah segala-galanya, tetapi segala-galanya memerlukan wang’. Kita berasa syukur dengan komitmen sebahagian anggota yang cuba membantu koperasi seperti Sdr. Ameer yang cuba memperuntukan tanah ini untuk koperasi membangunkannya. Insyaallah, dengan adanya komitmen yang sebegini, koperasi kita mampu melepasi julat masa ‘learning curve’ ini dengan kadar yang segera. Wallahua’lam.

Wassalam.