Perbankan Islam

KIMK Bhd On 4:14 PM

Perbankan Islam
Perbankan Islam merujuk kepada pengurusan wang yang berdasarkan syariat-syariat Islam. Kini Perbankan Islam telah diiktiraf di seluruh dunia.
Prinsip Syariah Dalam Perbankan Islam
Perbankan Islam mempunyai tujuan yang sama dengan perbankan konvensional melainkan operasinya adalah berlandaskan prinsip Syariah, yang dikenali sebagai Fiqh al-Muamalat (peraturan-peraturan Islam di dalam urus niaga). Prinsip dasar perbankan Islam ialah perkongsian untung dan rugi dan larangan ke atas riba (faedah).
Di antara konsep-konsep Islam yang selalu diguna pakai di dalam perbankan Islam ialah:
• Perkongsian untung (Mudharabah)
Mudharabah (perkongsian untung) ialah pengaturan atau perjanjian di antara pemberi modal dan pengusaha projek di mana pengusaha projek boleh menggunakan dana bagi menjalankan aktiviti perniagaan beliau. Sebarang keuntungan yang diperoleh akan dibahagi di antara pemberi modal dan pengusaha projek tersebut mengikut nisbah yang telah dipersetujui sementara kerugian akan ditanggung seluruhnya oleh pemberi modal.
• Simpanan (Wadiah)
Wadiah atau simpanan adalah konsep perbankan Islam yang hampir sama dengan konsep akaun simpanan dalam perbankan konvensional. Dalam konsep Wadiah, bank dianggap sebagai penjaga dan pemegang amanah dana.
Seseorang pendeposit akan mendepositkan dana ke dalam bank dan bank akan menjamin pembayaran balik kesemua amaun deposit berkenaan, atau sebahagian daripada amaun belum jelas apabila pendeposit memintanya. Pendeposit mungkin akan diberikan 'hibah' (hadiah), atas budi bicara bank, sebagai satu bentuk penghargaan kerana membenarkan penggunaan dana pendeposit oleh bank.
• Usaha sama (Musyarakah)
Musyarakah atau usaha sama merupakan konsep perbankan Islam yang biasanya diguna pakai bagi perniagaan perkongsian atau perniagaan usaha sama untuk sesuatu perusahaan perniagaan. Keuntungan yang diperoleh akan dikongsi bersama berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui manakala kerugian akan ditanggung berdasarkan nisbah sumbangan modal.
• Kos tokok (Murabahah)
Murabahah atau kos tokok (bahasa Arab: مرابحه) ditakrifkan sebagai penjualan barangan, yang tidak melanggar syariah, pada harga yang termasuk margin keuntungan yang dipersetujui oleh kedua-dua penjual dan pembeli. Antara syarat adalah harga belian dan jualan, kos-kos lain serta margin keuntungan hendaklah dinyatakan dengan jelas semasa perjanjian jualan dilaksanakan.
• Sewaan (Ijarah).
Konsep ini melibatkan dua kontrak yang berasingan. Kontrak pertama ialah kontrak Ijarah (pemajakan/menyewa) akan ditandatangani terlebih dahulu sebelum kontrak kedua iaitu kontrak Bai' (belian) dimeterai.
Sebagai contoh, di bawah kemudahan pembiayaan kereta, pelanggan akan memasuki kontrak pertama dan memajak kereta tersebut daripada pemilik (bank) pada kadar sewa yang telah dipersetujui untuk suatu tempoh tertentu. Pada akhir tempoh pemajakan, kontrak kedua akan dikuatkuasakan bagi membolehkan pelanggan membeli kenderaan tersebut pada harga yang telah dipersetujui.
• PEMBELIAN PRA-BAYAR (BAI' SALAM)
BAI’USSALAM (PENANGGUHAN PENYERAHAN BARANG)
Perkataan Salam itu asal maknanya serah atau tangguh, maksudnya disini iaitu menjual sesuatu barang yang disifatkan kepada tanggungan seseorang yakni jual secara pesanan atau order(memesan barang).
Contoh 1: Umpamanya Zaid berkata kepada si Ali :"Buatkanlah saya satu seluar dari kain woll yang berwarna kuning muda,ukurannya 105cm panjang,70cm pinggang,25.5cm besar kaki,43cm lebar pinggul,kocek belakang satu dan sebagainya dengan harga RM100.
Firman Allah s.w.t :
Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang(yang diberi tempoh) hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu.
(Surah Al-Baqarah ayat 282)
Sumber :
http://ms.wikipedia.org/
http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/muamalat/jenis.htm